Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Mencari yang halal demi reda Allah SWT
  • RENCANA

Mencari yang halal demi reda Allah SWT

Utusan Sarawak 11 hours ago
SUASANA jemaah haji menunaikan solat subuh di Masjidil Haram 28 Mei 2026. Foto BERNAMA

SESUNGGUHNYA, mencari yang halal itu merupakan suatu kewajipan keatas setiap muslim untuk mendapat keredaan Allah SWT. Sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan diantara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh kerana itu, setiap hukum yang disyariatkan kepada manusia mempunyai tujuan samada untuk mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan pada agama, nyawa, dan harta untuk kehidupan mereka dunia dan akhirat.

Konsep “Halalan Toyyiban” antara yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia terutama dalam aspek makan dan minum yang mana harus diyakini serta difahami maksudnya yang sebenar.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia!  Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah 168)

Masih ramai yang belum memahami maksud “Halalan Tayyiban” yang disebut di dalam al-Quran. Malah, ada yang menganggap halal itu hanya sekadar tidak mengandungi perkara yang diharamkan Allah SWT seperti babi dan arak.

Akan tetapi, konsep ini di dalam Islam amatlah luas. Ianya merangkumi, kebersihan, kesucian, serta kebaikan dalam penyediaan makanan, penyimpanan, pembungkusan dan pengangkutan serta ia haruslah bersih dari tercemar, tidak rosak dan sebagainya. 

 Di dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah SWT di dalam kitabNya maka ianya adalah halal dan apa sahaja yang diharamkan-Nya, maka ianya pula adalah haram. Dan apa sahaja yang didiamkan-Nya, maka ianya itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafannya itu daripada Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tidak lupa barang sedikitpun. Kemudian Rasulullah SAW membaca daripada firman Allah SWT: “Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa.” (Surah Maryam ayat 64)

Justeru itu, umat Islam dituntut untuk mencari makanan yang halal, bersih dan selamat untuk dimakan.

Bertetapan dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Mukminun ayat 15 yang bermaksud: “Wahai para Rasul! Makanlah dari (makanan) yang baik-baik, dan kerjakanlah kebajikan. Sungguh, Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” 

HIKMAH MEMAKAN MAKANAN YANG HALAL 

Antara hikmah yang dapat diperolehi ialah, makanan tersebut dapat memberikan ketenteraman kepada jiwa manusia dan amal ibadah yang dikerjakan diterima.

Manakala, makanan yang haram akan mendatangkan jiwa yang tidak tenteram, resah serta gelisah dan amal ibadah tidak diterima. Firman Allah SWT yang ertinya: “Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.” (Al-A’raf ayat 157)

Lantaran itu, Al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah membawakan pendapat daripada sebahagian ulama’ mengenai ayat di atas yakni apa yang dihalalkan oleh Allah SWT, ianya sesuatu yang baik dan bermanfaat untuk tubuh badan dan juga agama.

Malahan, bagi setiap yang diharamkan-Nya pula adalah sesuatu yang buruk dan memudaratkan tubuh badan serta agama.

Jelaslah bahawa, sesuatu yang halal pada asalnya ianya akan kekal halal dan sesuatu yang haram pada asalnya akan kekal haram. 

Perang tabuk

PERANG Tabuk berlaku pada tahun kesembilan Hijrah. Tabuk ialah sebuah tempat yang terletak di utara Madinah dan sejauh kira-kira 778 km dari kota Madinah.

Ketika Rasulullah SAW memerintahkan umat Islam untuk berangkat ke Tabuk bagi memerangi tentera Rom, baginda menyeru kepada para sahabat untuk berinfak.

Ini kerana untuk mengharungi peperangan ini memerlukan belanja yang besar disebabkan perjalanan ke Tabuk sangat jauh.

Selain itu, jumlah tentera Rom juga sangat ramai dan mereka memiliki kelengkapan perang yang hebat.

Mendengar seruan Rasulullah SAW, maka Thalhah bin Ubaidillah telah menginfakkan hartanya dalam jumlah yang banyak.

Para sahabat yang kaya raya pada ketika itu berlumba-lumba untuk menginfakkan harta mereka.

Di antara mereka ialah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Abdur Rahman bin Auf dan ramai lagi.

Thalhah bin Ubaidillah juga turut termasuk dalam golongan ini.

Beliau termasuk di kalangan sahabat kaya yang paling terkehadapan dalam berinfak untuk menghadapi perang Tabuk ini.

Beliau telah menyerahkan harta-harta beliau ke tangan Rasulullah SAW sendiri.

Sebelum Rasulullah SAW dan para sahabat berangkat ke medan Tabuk, terdapat segolongan orang-orang munafik di Madinah yang menjalankan rancangan yang jahat.

Mereka berkumpul di rumah seorang yahudi dan membincangkan tentang cara-cara mensabotaj pasukan perang Rasulullah SAW dan para sahabat.

Mereka mahu meruntuhkan Islam dari dalam. Sebahagian daripada mereka memberi cadangan agar mereka ikut serta dalam jihad tetapi kemudiannya membelot.

Sebahagian pula mencadangkan agar mereka menghasut penduduk-penduduk Madinah agar tidak menyertai angkatan perang Rasulullah SAW.

Namun begitu, rancangan jahat mereka ini diketahui oleh Rasulullah SAW.

Oleh yang demikian, baginda telah membentuk sepasukan kecil tentera Islam untuk menghadapi orang munafik ini.

Rasulullah SAW telah melantik Thalhah bin Ubaidillah menjadi ketua bagi pasukan ini.

Maka Thalhah bin Ubaidillah dan beberapa orang sahabat telah bergerak menuju ke tempat berkumpulnya orang-orang munafik dan Yahudi itu.

Tidak beberapa lama kemudian, Rasulullah SAW dan para sahabat pun bergerak menuju ke Tabuk.

Perjalanan ke Tabuk ini terjadi pada musim panas di mana cuaca panas sangat membahang.

Dengan jarak yang jauh dan cuaca yang terlalu panas, maka para sahabat berasa agak sukar mengharungi perjalanan tersebut.

Namun begitu, Thalhah bin Ubaidillah tetap berada di barisan hadapan pasukan tentera Islam.

Setelah berada lama di Tabuk, akhirnya Rasulullah SAW dan para sahabat pulang semula ke Madinah setelah tentera Rom tidak muncul di Tabuk.

Oleh  Hanzalah Azman

Continue Reading

Previous: Generasi pewaris perkasa warisan kopitiam tempatan
Next: Dari Segamat ke Cannes, Dr Reshma Prakash bawa nama Malaysia ke persada global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.