Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Ujian darah ringkas mampu ramal keberkesanan rawatan kanser paru-paru
  • KESIHATAN

Ujian darah ringkas mampu ramal keberkesanan rawatan kanser paru-paru

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

SYDNEY: Satu ujian darah ringkas dapat membantu doktor meramal bagaimana pesakit kanser paru-paru akan bertindak balas terhadap sesuatu rawatan sebelum terapi bermula, menurut kajian diterajui penyelidik Australia, lapor Xinhua.

Kenyataan daripada Universiti Queensland (UQ) Australia yang dikeluarkan semalam memaklumkan, kajian yang menumpukan kepada  kanser paru-paru sel bukan kecil (NSCLC) iaitu jenis kanser paru-paru yang paling biasa ditemukan menunjukkan bagaimana analisis protein dalam sampel darah boleh membantu  doktor membuat keputusan rawatan dengan lebih awal dan tepat.

Profesor Madya Arutha Kulasinghe daripada Institut Frazer UQ berkata kaedah berkenaan mampu mengubah cara keputusan rawatan dibuat, sekali gus menjadi “langkah kanan ke arah penjagaan kanser paru-paru yang benar-benar khusus (peribadi) bagi setiap pesakit.”

“Kami mahu menggunakan biologi pesakit itu sendiri untuk menentukan hala tuju rawatan sebaik sahaja diagnosis dibuat.

Pada masa ini, pakar klinikal sering kali terpaksa membuat keputusan rawatan tanpa gambaran jelas tentang bagaimana pesakit akan bertindak balas. Apa yang kami buktikan ialah maklumat itu sebenarnya sudah sedia ada di dalam darah,” katanya yang mengetuai kajian yang diterbitkan dalam jurnal “npj Precision Oncology” itu.

Dalam kajian berkenaan, para penyelidik mengumpul sampel darah daripada pesakit NSCLC sebelum dan selepas pembedahan serta imunoterapi. Mereka kemudian mengukur beribu-ribu protein dan menggunakan pemodelan statistik untuk mengenal pasti petunjuk yang dikaitkan dengan tindak balas rawatan serta perkembangan penyakit itu.

“Jika kita dapat mengenal pasti melalui sampel darah tentang siapa yang paling berisiko untuk jatuh sakit semula, atau siapa yang akan bertindak balas positif terhadap imunoterapi, kita boleh memadankan pesakit dengan rawatan yang paling tepat dengan lebih cepat,” kata Kulasinghe sambil menambah bahawa penemuan itu telah disahkan melalui platform ujian bebas.

Menurut penyelidik, pemantauan berasaskan darah adalah “jauh lebih kurang invasif berbanding prosedur biopsi yang berulang, selain dapat memberikan amaran lebih awal sekiranya kanser kembali menyerang.” Kanser paru-paru merupakan punca utama kematian akibat kanser di peringkat global.

Pasukan penyelidik kini sedang mengkaji sama ada kaedah yang sama boleh digunakan untuk mengesan dan merawat jenis kanser yang lain. – Bernama 

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Jangan pandang remeh dengkuran, berkemungkinan OSA – Pakar
Next: Pharmaniaga peroleh kontrak bekal insulin bernilai RM281.7 juta dari Kementerian Kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.