Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JTS hulur sumbangan CSR, penduduk Kampung Muhibbah terima manfaat
  • Utara
  • WILAYAH

JTS hulur sumbangan CSR, penduduk Kampung Muhibbah terima manfaat

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO‘ Sri Lee Kim Shin semasa Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan CSR di Kampung Muhibbah, Kuala Baram, hari ini.

MIRI: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) terus memperkukuh komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi penganjuran Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan CSR di Kampung Muhibbah, Kuala Baram, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato’ Sri Lee Kim Shin.

Lee menegaskan bahawa inisiatif berkenaan selaras dengan visi kerajaan Sarawak dalam memastikan keseimbangan mampan antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial komuniti, sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk memberi kembali kepada komuniti yang terjejas akibat aktiviti pembangunan supaya mereka turut menikmati manfaat pembangunan yang dilaksanakan,” katanya.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Pegawai JTS Miri, Awang Mohd Indera Putera Awang Adnan kepada Ketua Kaum (KK) Kampung Muhibbah, Saat Bos.

GAMBAR KENANGAN…Dato’ Sri Lee Kim Shin bergambar bersama dengan warga Kampung Muhibbah semasa Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan CSR di Kampung Muhibbah, Kuala Baram, hari ini.

Dana bantuan itu diperoleh melalui kutipan bulanan Tabung Dana Amanah CSR JTS yang mula berkuat kuasa sejak 1 Januari 2021.

Menurut Awang Mohd Indera Putera, pemilihan penerima manfaat dilaksanakan secara bergilir setiap tahun bagi memastikan kesaksamaan dan liputan menyeluruh kepada komuniti yang terjejas di seluruh Sarawak.

“Melalui mekanisme ini, setiap komuniti yang memerlukan berpeluang menerima manfaat daripada dana CSR yang diwujudkan,” jelas beliau.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan aktiviti gotong-royong dan pengagihan daging korban sempena Hari Raya Aidiladha yang melibatkan penyertaan kakitangan JTS bersama penduduk kampung.

Program tersebut bukan sahaja mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, malah turut mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Program CSR ini merupakan kali kedua dianjurkan di Kampung Muhibbah, sekali gus membuktikan komitmen berterusan JTS bersama rakan strategiknya, Magna Focus Sdn. Bhd. dalam memastikan pembangunan yang dilaksanakan memberi impak positif secara inklusif kepada masyarakat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 305 rumah di DUN Pelawan dibaik pulih melalui PPRMS
Next: Sambutan Gawai eratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum di Stampin – Soo Tien Ren

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.