Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah ditutup tinggi
  • BISNES

Pasaran getah ditutup tinggi

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai berikutan data ekonomi China yang menggalakkan, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Shanghai meningkat hari ini seiring dengan harga minyak mentah yang lebih kukuh dan data ekonomi China yang menggalakkan.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 1.77 peratus kepada AS$95.96 setong.

“Biro Statistik Kebangsaan melaporkan bahawa firma perindustrian China menyaksikan keuntungan naik 24.7 peratus pada April berbanding tahun sebelumnya dan meningkat daripada keuntungan 15.8 peratus pada Mac,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sentimen pasaran terus didorong oleh optimisme dan perkembangan positif dalam sektor automotif Eropah susulan kelulusan kerajaan Kesatuan Eropah (EU) terhadap peraturan berkaitan perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Katanya Persatuan Pengeluar Automobil Eropah melaporkan bahawa pendaftaran kenderaan baharu mencecah 1.15 juta unit.

“Jualan kereta Eropah meningkat untuk bulan ketiga berturut-turut pada April, naik tujuh peratus tahun ke tahun didorong oleh permintaan yang kukuh untuk kenderaan elektrik dan hibrid,” katanya.

Beliau berkata kerajaan EU telah meluluskan peraturan untuk memansuhkan duti import ke atas kebanyakan barangan AS, langkah yang dapat mengelak ancaman Presiden AS Donald Trump untuk tarif yang lebih tinggi ke atas kereta dan produk lain EU.

Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh konflik baharu di Asia Barat dan kebimbangan mengenai impak inflasi daripada konflik yang berpanjangan menjelang data inflasi utama AS dikeluarkan.

“AS dan Iran berbalas serangan udara pada Khamis, menunjukkan bermula semula konflik dan menjejaskan harapan terhadap perjanjian damai,” katanya.

Pada 3.00 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 15.5 sen kepada 898 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 0.5 sen kepada 785.5 sen sekilogram. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM
Next: Bursa Malaysia teruskan penurunan susulan ketegangan geopolitik semakin memuncak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.