Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Cuaca panas tidak halang jemaah Malaysia sempurnakan ibadah melontar jamrah
  • SEMASA

Cuaca panas tidak halang jemaah Malaysia sempurnakan ibadah melontar jamrah

Utusan Sarawak 5 hours ago
JEMAAH haji dari seluruh pelusuk dunia menuju ke Jamarat bagi melaksanakan rukun haji melontar Jamrah hari ini. Foto BERNAMA

MAKKAH: Cuaca panas yang melanda Mina hari ini tidak menghalang jemaah Malaysia untuk meneruskan ibadah melontar jamrah, antara syarat wajib dalam melengkapkan ibadah haji.

Dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius, jemaah dilihat bergerak perlahan dan berhati-hati menuju ke kompleks Jamaraat sambil ditemani petugas Tabung Haji (TH) yang sentiasa memantau keadaan semasa.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan jemaah membawa payung, botol air serta kain basah bagi mengurangkan kesan cuaca panas ketika berjalan bersama jutaan umat Islam lain dari seluruh dunia.

“Cuaca panas memang mencabar tetapi apabila sampai dan dapat menyempurnakan lontaran, rasa semua itu berbaloi,” kata jemaah Malaysia Ahmad Zulqanain Zainal, 49, ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

JEMAAH haji menunaikan ibadah melontar di Jamrah Al-Aqabah hari ini. Ibadah melontar yang dilaksanakan jemaah haji di Mina bukan sekadar memenuhi tuntutan syariat, malah membawa maksud lebih mendalam sebagai simbol pembaharuan diri dan penolakan sifat mazmumah dalam kehidupan seorang Muslim. Foto BERNAMA

Seorang lagi jemaah Siti Mariam Hassan, 34, berkata walaupun keadaan cuaca panas dan perjalanan agak jauh, beliau tetap bersyukur dapat menyempurnakan ibadah itu dengan tenang.

“Ini pengalaman yang sangat bermakna. Walaupun penat, hati rasa kuat,” katanya.

Abdul Rahman Ismail, 52, yang turut berkongsi pengalaman berkata suasana di Mina yang padat dengan jutaan jemaah menjadikan ibadah melontar jamrah satu pengalaman yang menginsafkan.

“Dalam kepanasan dan kesesakan ini, kami benar-benar belajar erti kesabaran,” katanya.

Walaupun berdepan kepenatan dan perjalanan yang jauh dari khemah penginapan di Mina, rata-rata jemaah tetap tenang dan tabah menyempurnakan ibadah melontar yang melambangkan penolakan terhadap godaan syaitan serta kepatuhan kepada perintah Allah SWT.

Petugas TH turut menasihatkan jemaah supaya menjaga kesihatan, mengelakkan berjalan terlalu laju serta segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami keletihan akibat cuaca panas. – Bernama

Continue Reading

Previous: AIROD dan Lockheed Martin rai 40 tahun kerjasama strategik C-130 Hercules
Next: Inisiatif haji lestari kitar semula ribuan tan sisa makanan sepanjang musim haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.