Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 20 ekor lembu korban diagihkan di seluruh DUN Lingga tahun ini
  • Selatan
  • WILAYAH

20 ekor lembu korban diagihkan di seluruh DUN Lingga tahun ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
AGIH…Dayang Noorazah Awang Sohor mengagihkan daging korban kepada penerima pada program Ibadah Korban di Masjid Maludam pagi tadi. Foto ADUN Lingga

MALUDAM: Sebanyak 20 ekor lembu korban telah diagihkan ke beberapa kawasan terpilih di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, agihan tersebut melibatkan beberapa kampung dan kawasan di sekitar Lingga, Sri Aman dan Maludam bagi memastikan lebih ramai penduduk dapat menikmati ibadah korban.

Menurut beliau, antara kawasan yang menerima sumbangan lembu korban ialah Kampung Melayu Lingga sebanyak tiga ekor, Kampung Agropolitan Seduku seekor, Kampung Skait dan Pangkat seekor serta Kampung Stumbin seekor.

Katanya lagi, Kampung Tanah Baru Sembau bersama Pusat Khidmat ADUN Lingga turut menerima seekor lembu korban, manakala Kampung Hilir Ladong Sri Aman menerima tiga ekor.

Selain itu, Kampung Tengah Sri Aman menerima seekor lembu, Kampung Hulu Lemanak Sri Aman tiga ekor, Kampung Melayu Maludam empat ekor dan Kampung Melayu Triso seekor.

Masjid Besar Sri Aman turut menerima seekor lembu korban bagi menjayakan program ibadah korban bersama masyarakat setempat.

IBADAH KORBAN… Dayang Noorazah Awang Sohor bersama yang lain menunjukkan daging korban pada program Ibadah Korban di Masjid Maludam pagi tadi. Foto ADUN Lingga

Sementara itu, Dayang Noorazah turut menghadiri Program Ibadah Korban yang dilaksanakan di Masjid Maludam, pagi tadi.

Beliau berkata, sebanyak lima ekor lembu telah diagihkan bagi tujuan ibadah korban di kawasan tersebut melibatkan empat ekor untuk Kampung Melayu Maludam dan seekor untuk Kampung Melayu Triso.

Menurutnya, program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk kampung yang bersama-sama berganding bahu menjayakan proses penyembelihan dan pengagihan daging korban.

Beliau turut memuji semangat kerjasama yang ditunjukkan penduduk setempat dalam memastikan ibadah korban dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Dalam pada itu, sebanyak 681 rumah di kawasan Maludam menerima agihan daging korban melibatkan Kampung Hilir sebanyak 211 rumah, Kampung B. Pasar 94 rumah, Kampung Tengah 113 rumah, Kampung Hulu 173 rumah dan Kampung Seberang 90 rumah.

Dayang Noorazah berkata, Program Ibadah Korban sempena sambutan Aidiladha tahun ini berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat ukhuwah dan kebersamaan bersama masyarakat setempat.

Beliau berharap ibadah korban yang dilaksanakan itu akan terus membawa keberkatan, mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di kawasan DUN Lingga.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 94 rumah panjang DUN Bukit Saban terima dana MRP lebih RM1 juta
Next: 16 ekor lembu korban disumbang kepada Komuniti Islam Spaoh sempena Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.