Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan ladang siap awal bawa kegembiraan pekebun kecil di DUN Krian
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan ladang siap awal bawa kegembiraan pekebun kecil di DUN Krian

Utusan Sarawak 5 hours ago
James Jimbun yang mewakili ADUN Krian bersama agensi pelaksana dan kontraktor melakukan lawatan di tapak projek naik taraf jalan ladang kawasan Ulu Lun di Sebetan dan jalan ladang Tinting Bangkit, Kerupok, semalam. Foto ADUN Krian

KRIAN: Senyuman gembira jelas terpancar dalam kalangan pekebun kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian apabila projek jalan ladang yang dinanti-nantikan berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, pembangunan infrastruktur tersebut disifatkan sebagai hadiah istimewa daripada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sempena sambutan Gawai Dayak tahun ini.

Menurut beliau, projek yang dilaksanakan menggunakan peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) itu memberi manfaat besar kepada penduduk khususnya pekebun kecil kelapa sawit di kawasan terlibat.

Katanya, dua projek jalan ladang yang telah siap dinaik taraf ialah jalan ladang kawasan Ulu Lun di Sebetan bernilai RM400,000 dan jalan ladang Tinting Bangkit, Kerupok bernilai RM100,000.

“Pembangunan infrastruktur seperti jalan ladang merupakan salah satu langkah penting dalam meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar terutama golongan pekebun kecil,” katanya.

Beliau berkata, kemudahan jalan yang lebih baik membolehkan aktiviti ekonomi berjalan dengan lebih lancar selain memudahkan urusan pengangkutan hasil pertanian keluar dari kawasan ladang.

Tambah beliau, keadaan jalan yang baik turut membantu meningkatkan produktiviti hasil ladang kerana pekebun kecil kini dapat bergerak dengan lebih selamat dan cepat.

“Ini secara langsung dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan seterusnya merancakkan ekonomi masyarakat setempat,” ujarnya.

Friday berharap kemudahan yang disediakan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk serta dijaga dengan baik demi kegunaan jangka panjang.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan GPS untuk terus memberi perhatian terhadap pembangunan luar bandar khususnya kemudahan asas yang mampu memberi impak kepada kesejahteraan rakyat.

Hadir semasa lawatan projek tersebut ialah James Jimbun yang mewakili ADUN Krian, wakil agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok, BDDA, kontraktor serta para penerima manfaat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Krian santuni warga PPDK dan pesakit Hospital Saratok menjelang Hari Gawai
Next: Awang Tengah sumbang 24 ekor kerbau untuk ibadah korban di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.