Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Krian santuni warga PPDK dan pesakit Hospital Saratok menjelang Hari Gawai
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Krian santuni warga PPDK dan pesakit Hospital Saratok menjelang Hari Gawai

Utusan Sarawak 5 hours ago
ADUN Krian, Friday Belik menyantuni pesakit di Hospital Saratok sempena sambutan Hari Gawai Dayak, semalam. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik telah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Saratok dan pesakit di Hospital Saratok sempena sambutan Hari Gawai Dayak, semalam.

Menurut beliau, program kebajikan tersebut dianjurkan oleh Pergerakan Wanita Parti Demokratik Progresif (PDP) Krian sebagai usaha menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan dan perhatian.

Katanya, program itu turut mencerminkan semangat perpaduan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Saratok, sebanyak 31 hamper bakul makanan telah diserahkan kepada para pelatih yang mengikuti latihan di pusat berkenaan.

Friday berkata, sumbangan tersebut diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada para penerima dalam membuat persiapan menyambut Hari Gawai tidak lama lagi.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama pelatih serta petugas pusat berkenaan bagi menyuntik semangat dan motivasi kepada mereka.

FRIDAY Belik menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada warga PPDK Saratok dan pesakit di Hospital Saratok sempena sambutan Hari Gawai Dayak, semalam. Foto: ADUN Krian

Turut hadir ialah Penyelaras Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Saratok Bahagian Betong yang mewakili Pegawai Kebajikan Bahagian Betong, Nurul Syuhada bersama staf serta Penghulu Josephine Entira

Selepas selesai program di PDK Saratok, rombongan berkenaan meneruskan program kebajikan ke Hospital Daerah Saratok bagi menyampaikan hamper kepada pesakit yang sedang menerima rawatan di wad hospital tersebut.

Menurut Friday, sumbangan itu merupakan tanda sokongan dan keprihatinan terhadap pesakit yang tidak dapat menyambut Hari Gawai bersama keluarga masing-masing.

Beliau berharap usaha kebajikan seperti itu akan terus diteruskan pada masa hadapan bagi membantu golongan yang memerlukan serta memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Bicarakan Bersama Kami dekati polis dengan komuniti Lubok Antu
Next: Jalan ladang siap awal bawa kegembiraan pekebun kecil di DUN Krian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.