Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Bicarakan Bersama Kami dekati polis dengan komuniti Lubok Antu
  • Selatan
  • WILAYAH

Program Bicarakan Bersama Kami dekati polis dengan komuniti Lubok Antu

Utusan Sarawak 4 hours ago
PROGRAM Bicarakan Bersama Kami anjuran Balai Polis Lubok Antu telah diadakan di Market Hasil Hutan, Pekan Lubok Antu, semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Program Bicarakan Bersama Kami anjuran Balai Polis Lubok Antu diadakan di Market Hasil Hutan, Pekan Lubok Antu semalam sebagai usaha memperkukuh hubungan antara polis dan masyarakat setempat.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, program tersebut diketuai oleh Ketua Polis Balai Lubok Antu, Sarjan Mejar Nur Erdina Marini @ Dorothy Bernard Betti bersama empat anggota Balai Polis Lubok Antu.

Katanya, program itu menjadi medium komunikasi antara pihak polis dan orang ramai dalam menyampaikan maklumat berkaitan aspek keselamatan, pencegahan jenayah serta isu semasa yang melibatkan komuniti setempat.

Sepanjang program berlangsung, orang ramai turut diberikan penerangan mengenai kewujudan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan talian hotline 997 bagi membantu mangsa penipuan kewangan mendapatkan tindakan segera.

Selain itu, pihak polis turut mempromosikan penggunaan aplikasi Rondaan Telefon Pintar Sukarela (VSP) sebagai platform bagi masyarakat menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan keselamatan kepada pihak berkuasa.

Penerangan turut menyentuh mengenai trend semasa jenayah komersil, jenayah seksual dan jenayah narkotik yang semakin membimbangkan, di samping menekankan langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan oleh orang awam.

Menurut kenyataan itu lagi, sepanjang pelaksanaan program berkenaan, tiada sebarang aduan diterima daripada masyarakat setempat dan program berjalan dalam suasana harmoni serta mendapat kerjasama baik daripada penduduk.

Masyarakat setempat turut menyambut baik inisiatif tersebut dan berharap program seumpama itu dapat diteruskan di kawasan lain sekitar Daerah Lubok Antu dan Engkilili bagi mengeratkan hubungan antara polis dan komuniti.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 19 ekor lembu disumbangkan untuk ibadah korban di DUN Kalaka tahun ini
Next: ADUN Krian santuni warga PPDK dan pesakit Hospital Saratok menjelang Hari Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.