Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PIBG dan sekolah perkukuh kecemerlangan murid
  • Utara
  • WILAYAH

PIBG dan sekolah perkukuh kecemerlangan murid

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Hasbi Habibollah memberikan sumbangan daging korban kepada pelajar asnaf pada Majlis Ibadah Korban anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Pusat Limbang di sekolah berkenaan.

LIMBANG: Kerjasama erat antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak sekolah di negeri ini amat penting dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum murid.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata kedua-dua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan pendidikan murid dapat dipertingkat melalui sokongan berterusan.

Menurut beliau, PIBG berperanan sebagai rakan strategik dalam membantu meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan murid di samping mengenal pasti keperluan sekolah.

“Kerjasama erat antara PIBG dengan pihak sekolah sangat penting. Ada ketikanya sekolah tidak mampu memenuhi semua keperluan, namun dengan adanya PIBG yang mantap, komited dan mempunyai semangat untuk melihat kejayaan anak-anak, usaha meningkatkan kecemerlangan sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“PIBG turut memainkan peranan membantu pihak sekolah secara sukarela dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ibadah Korban anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan Melayu Pusat Limbang di sini, hari ini.

DATUK Hasbi Habibollah pada Majlis Ibadah Korban anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Pusat Limbang di sekolah berkenaan.

Turut hadir Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Pusat, Hayati Mohammad Amin dan Yang Dipertua PIBG, Khairul Amree Abdul Rahman.

Hasbi berkata ibu bapa juga perlu lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak bagi melahirkan modal insan berkualiti yang mampu menjadi aset penting kepada negara pada masa hadapan.

Katanya, ilmu pengetahuan, pendidikan dan kemahiran mampu membuka peluang pekerjaan yang lebih baik sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana pendidikan bagi memastikan murid dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa.

Pada majlis berkenaan, dua kerbau sumbangan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dikorbankan sebelum dagingnya diagihkan kepada lebih 20 pelajar asnaf.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pokok tumbang hempap Rumah Lubok Renit Temudok Krian, 15 penghuni selamat
Next: 19 ekor lembu disumbangkan untuk ibadah korban di DUN Kalaka tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.