Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pokok tumbang hempap Rumah Lubok Renit Temudok Krian, 15 penghuni selamat
  • Tengah
  • WILAYAH

Pokok tumbang hempap Rumah Lubok Renit Temudok Krian, 15 penghuni selamat

Utusan Sarawak 4 hours ago
SERAMAI 15 mangsa terjejas selepas kejadian pokok tumbang menimpa tiga bilik sebuah rumah panjang di Lubok Renit, Temudok Krian akibat hujan lebat dan angin kencang, semalam. Foto: APM Saratok

SARATOK: Seramai 15 penghuni sebuah rumah panjang di Lubok Renit, Temudok Krian berdepan detik cemas apabila sebatang pokok besar tumbang lalu menimpa kediaman mereka dalam kejadian yang berlaku semalam.

Insiden yang dilaporkan berlaku sekitar 7.08 malam itu berpunca daripada keadaan cuaca hujan lebat serta tiupan angin kencang yang melanda kawasan berkenaan sejak lewat petang semalam.

Keadaan cuaca buruk itu telah menyebabkan struktur tanah longgar sehingga pokok terbabit tumbang lalu menghempap struktur bumbung kediaman penduduk.

​Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengadu yang dikenali sebagai Jinny, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Saratok terus menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 22 kilometer dari pusat operasi. 

Seramai empat anggota APM daripada Skuad Charlie yang dilengkapi dengan peralatan menyelamat seperti gergaji berantai, lampu suluh, dan kelengkapan perlindungan diri telah dikerahkan bagi membantu operasi menyelamat dan mengalih halangan.

​Setibanya di lokasi kejadian pada 7.30 malam, pihak APM mendapati sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telahpun berada di tempat kejadian untuk memulakan kerja-kerja pemotongan pokok. 

SERAMAI 15 mangsa terjejas selepas kejadian pokok tumbang menimpa tiga bilik sebuah rumah panjang di Lubok Renit, Temudok Krian akibat hujan lebat dan angin kencang, semalam. Foto: APM Saratok

Operasi tersebut turut diperkukuhkan lagi dengan kehadiran enam anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Saratok serta dibantu secara gotong-royong oleh penduduk kampung dan orang awam yang berada di kawasan sekitar. 

Komuniti setempat bekerjasama erat dengan pasukan penyelamat bagi memastikan sisa pokok dapat dialihkan dengan segera.

​Siasatan lanjut di lokasi mendapati kejadian tersebut telah menjejaskan tiga buah bilik di rumah panjang berkenaan iaitu bilik nombor 20, 21, dan 22 yang dihuni oleh 15 mangsa secara keseluruhan. 

Impak daripada kejadian tersebut telah menyebabkan struktur bumbung di bahagian dapur bilik nombor 22 runtuh sepenuhnya, manakala bilik nombor 20 dan bilik nombor 21 dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan struktur yang serius. 

Kesemua mangsa yang berusia antara lima hingga 58 tahun dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan fizikal direkodkan.

​Kerja-kerja memotong dan mengalihkan batang pokok yang menghempap kediaman itu mengambil masa hampir satu jam sebelum kawasan berkenaan disahkan selamat sepenuhnya oleh anggota penyelamat.

Setelah memastikan tiada lagi ancaman bahaya atau kemungkinan pokok tumbang susulan di sekitar kawasan tersebut, operasi menyelamat ditamatkan pada 8.28 malam. 

Leftenan Nur Athirah turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap risiko pokok tumbang ketika musim hujan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 40 ekor kerbau ditumbangkan sempena Aidiladha di Limbang
Next: PIBG dan sekolah perkukuh kecemerlangan murid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.