Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Amalan membaca bentuk masyarakat lebih matang, berfikiran luas – PM Anwar
  • NASIONAL

Amalan membaca bentuk masyarakat lebih matang, berfikiran luas – PM Anwar

Utusan Sarawak 3 hours ago
AMALAN membaca benteng masyarakat hadapi cabaran dunia moden. Foto facebook Anawar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan membaca mampu membentuk masyarakat yang lebih matang dan berfikiran luas dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata buku bukan sahaja menjadi sumber ilmu, malah mendidik masyarakat supaya lebih sabar berfikir dan bijaksana dalam membuat penilaian.

“Buku mengajar kita untuk lebih sabar berfikir, lebih matang menilai dan tidak mudah tenggelam dalam budaya menghukum atau sensasi yang singkat usianya. 

“Insya-Allah, esok saya akan meluncurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 sebagai tanda dukungan berterusan terhadap budaya ilmu dan pembacaan dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata beliau mengambil kesempatan cuti Aidiladha semalam untuk membaca beberapa buku kegemaran daripada pelbagai bidang, termasuk sastera sambil merenung perjalanan zaman yang semakin mencabar.

Menerusi video yang dikongsikan dalam hantaran itu, Anwar turut membacakan beberapa puisi berkaitan perjuangan beliau serta ketabahan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam mendepani cabaran ketika era Reformasi.

PBAKL 2026 ke-43 bakal berlangsung dari 29 Mei hingga 7 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). – Bernama

Continue Reading

Previous: Wartawan ‘benteng kebenaran terakhir’ tangani penyebaran berita palsu
Next: AADK guna kit ujian pengesanan dadah sintetik baharu Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.