Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kesedaran simpanan awal korban dalam kalangan masyarakat Islam semakin meningkat
  • TEMPATAN

Kesedaran simpanan awal korban dalam kalangan masyarakat Islam semakin meningkat

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyempurnakan majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban DUN N26 Gedong. Foto UKAS

GEDONG: Kesedaran masyarakat Islam untuk membuat simpanan awal bagi tujuan ibadah korban kini semakin meningkat sekali gus membolehkan pelaksanaan ibadah itu dilakukan secara lebih terancang dan tersusun setiap tahun.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, semakin ramai umat Islam tampil melaksanakan ibadah korban hasil inisiatif menabung secara sukarela setiap bulan.

Menurut beliau, perkembangan itu bukan sahaja mencerminkan kesedaran tinggi umat Islam terhadap tuntutan agama, malah menunjukkan kedudukan ekonomi masyarakat yang semakin baik dan stabil.

“Ia mencerminkan bahawa ekonomi kita semakin meningkat dan masyarakat mempunyai cara terbaik untuk mengorbankan haiwan.

IBADAH KORBAN… Penduduk di Gedong menyempurnakan majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong di Masjid Al-Kawthar, Gedong hari ini. Foto UKAS

“Contohnya seperti kakitangan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang membuat simpanan awal setiap bulan secara sukarela sebagai peruntukan untuk membeli haiwan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan majlis Penyerahan Lembu dan Daging Korban Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong di Masjid Al-Kawthar, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan amalan menabung untuk ibadah korban sebagai satu bentuk pengorbanan berterusan dan amalan wakaf yang membawa manfaat besar kepada masyarakat.

Katanya, semangat pengorbanan yang diterapkan menerusi budaya menabung sepanjang tahun wajar dicontohi kerana ia membuktikan kesungguhan umat Islam dalam melaksanakan tuntutan agama di samping membantu golongan memerlukan.

“Sekarang nampaknya masyarakat Islam mempunyai kesedaran untuk berkorban lebih awal dengan menyimpan dana bagi membeli haiwan apabila sampai masanya,” ujarnya lagi.

Difahamkan, seramai 150 umat Islam di konstituensi DUN Gedong menerima manfaat daripada agihan daging korban yang melibatkan 26 ekor lembu.

Daripada jumlah itu, Premier Sarawak menyumbangkan 19 ekor lembu, manakala Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee dan Agrobank Sarawak masing-masing menyumbang enam ekor dan seekor lembu.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, wakil khas ADUN Gedong Dato Sri Mohamad Naroden Majais, Mufti Negeri Sarawak Datu Khalidi Ibrahim, Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang serta Pegawai Daerah Gedong Jamain Wahab.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Michael Kong gesa MBKS segera selesaikan isu lurang tersumbat di Lorong BDC A5

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.