Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Dyeneley Daud wakil Nabawan juara RTK peringkat negeri 2026
  • NASIONAL

Dyeneley Daud wakil Nabawan juara RTK peringkat negeri 2026

Utusan Sarawak 6 hours ago
DYENELEY Daud dari daerah Nabawan dinobatkan sebagai juara Pertandingan Akhir Randawi Tavantang Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) hari ini. Foto BERNAMA

PENAMPANG: Dyeneley Daud yang mewakili Nabawan muncul sebagai juara Randawi Tavantang Kaamatan (RTK) 2026 peringkat negeri yang berlangsung di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), semalam.

Dyeneley, 19, telah menewaskan 49 peserta dari seluruh daerah di Sabah, sekali gus membawa pulang hadiah keseluruhan berupa wang tunai dan hadiah iringan berjumlah RM114,958.

Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Bryan Niccolson Jacob mewakili Keningau dan Daniel Chrionie Taning dari Tamparuli.

Dyeneley yang kini mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru berkata kemenangan yang diraih ialah hasil sokongan moral serta kata-kata semangat daripada keluarga sepanjang pertandingan berlangsung.

“Pertandingan RTK ialah platform bagi saya untuk memperkasakan kebudayaan Sabah agar lebih dikenali pada peringkat luar. Dalam manifesto saya memang saya tahu platform Randawi Tavantang Kaamatan ini sangat kuat. 

“Jadi, saya menggunakan kesempatan yang baik ini untuk merealisasikan impian saya sebagai seorang penari, iaitu saya ingin memartabatkan, memperkasakan lagi tarian tradisional di negeri Sabah,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan itu.

Beliau juga berterima kasih kepada jawatankuasa KDCA Nabawan yang banyak membantunya dalam persediaan awal pertandingan, di samping mengurus sendiri busana dan tatarias sebelum pertandingan.

“Cabaran utama ialah membahagikan masa pengajian dan pertandingan sehingga terpaksa menduduki peperiksaan lebih awal demi menyertai pertandingan ini,” katanya.

Beliau berharap belia yang bakal menyertai pertandingan RTK pada tahun hadapan dapat menetapkan misi dan visi yang jelas selain memahami tanggungjawab besar yang perlu digalas sebagai ikon budaya dan warisan.

Randawi Tavantang Kaamatan ialah pertandingan kebudayaan khusus untuk pemuda Sabah yang berkongsi misi dan visi bagi mempromosikan keunikan budaya, adat dan pakaian tradisional masyarakat Kadazandusun Murut Rungus, serta menjadi agenda tahunan Kaamatan. – Bernama

Continue Reading

Previous: 77 pegawai Imigresen dibuang kerja sejak 2022
Next: Wartawan ‘benteng kebenaran terakhir’ tangani penyebaran berita palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.