Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tradisi ‘ngabang’ Gawai Dayak perkukuh hubungan masyarakat Sarawak
  • TEMPATAN

Tradisi ‘ngabang’ Gawai Dayak perkukuh hubungan masyarakat Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (tengah) merasmikan Penyalaan Lampu Gawai Dayak di Tugu Kucing Putih, Jalan Padungan, malam ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Sambutan pelbagai perayaan di Sarawak terus mencerminkan semangat inklusif dan keharmonian masyarakat berbilang kaum menerusi tradisi ‘ngabang’ atau kunjung-mengunjung sempena Hari Gawai Dayak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, amalan saling meraikan perayaan seperti tradisi ngabang membuktikan kekuatan perpaduan rakyat Sarawak yang telah lama wujud.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan jalan raya sepanjang musim perayaan.

“Kalau minum, jangan memandu. Kalau memandu, jangan minum,” katanya ketika ditemui media pada program Penyalaan Lampu Gawai Dayak di Tugu Kucing Putih, Jalan Padungan, malam ini.

Dalam perkembangan sama, Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata tradisi ngabang sempena Gawai Dayak mencerminkan keterbukaan masyarakat Sarawak yang meraikan semua tanpa mengira kaum dan agama.

Menurut beliau, konsep rumah panjang yang membuka pintu kepada pengunjung sepanjang musim perayaan merupakan contoh sebenar amalan rumah terbuka di negeri ini.

DATO Wee Hong Seng ketika ditemui media pada program Penyalaan Lampu Gawai Dayak di Tugu Kucing Putih, Jalan Padungan, malam ini. Foto Adele Rissa

“Kita selalu bercakap mengenai rumah terbuka, tetapi bagi saya rumah panjang adalah rumah terbuka sebenar kerana semua pintu dibuka.

“Itulah semangat ‘ngabang’ yang menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Sarawak,” katanya ketika ditemui media pada program tersebut.

Beliau berkata budaya ngabang bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan, malah menjadi medium memperkukuh perpaduan dan persefahaman dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang pulang ke kampung atau rumah panjang sempena Gawai Dayak supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu.

“Tiada keperluan untuk tergesa-gesa. Pandulah dengan selamat dan nikmati perjalanan bersama keluarga,” katanya.

Sementara itu, Dato Wee menjelaskan bahawa elemen hiasan bertemakan Gawai pada Tugu Kucing Putih di majlis tersebut dibuat dengan mengambil kira sensitiviti budaya masyarakat Dayak.

Katanya, pihak penganjur memilih bahan bercetak berinspirasikan motif tradisional selepas mendapatkan pandangan pihak berkaitan sebagai tanda menghormati adat dan budaya masyarakat setempat.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Warisan Teochew terus mekar, janji tunjang keharmonian Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.