Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Aidiladha ingatkan nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan – Zahid Hamidi
  • SEMASA

Aidiladha ingatkan nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan – Zahid Hamidi

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan sambutan Aidiladha bukan hanya sekadar perayaan namun nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.

KUALA LUMPUR: Aidiladha yang akan disambut umat Islam esok bukan sekadar perayaan, sebaliknya mengingatkan tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, menjadi teladan besar tentang kekuatan iman dan kasih sayang dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

“Ibadah korban juga melambangkan keprihatinan serta semangat berkongsi rezeki demi kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Zahid Hamidi berharap sambutan Aidiladha ini akan mengeratkan hubungan kekeluargaan, menyemai semangat kebersamaan dan menggalakkan masyarakat untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

Dalam pada itu, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu turut mendoakan agar segala urusan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dipermudah dan memperoleh haji yang mabrur.

“Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 kepada seluruh umat Islam. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan dan rahmat buat kita semua. Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Aidiladha mendidik umat Islam mengenai erti pengorbanan dan ketaatan, sebagaimana yang ditunjukkan melalui kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

GAMBAR hiasan.

Beliau berkata kisah itu melambangkan kekuatan iman serta kesediaan meletakkan perintah Allah, mengatasi segala kepentingan dunia.

Fadillah berkata usaha mengejar kemajuan negara tidak seharusnya menyebabkan rakyat mengabaikan asas perpaduan, ihsan dan amanah, kerana negara yang kuat lahir daripada rakyat yang bersatu hati serta menjadikan agama sebagai pedoman hidup.

“Marilah kita memperkukuh ukhuwah, menyantuni golongan memerlukan serta menanam nilai ihsan dan amanah dalam setiap tindakan. Sesungguhnya kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak pada kemajuan material, tetapi pada keteguhan iman dan perpaduan rakyatnya,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Fadillah berkata semangat berkorban perlu diterjemahkan melalui tindakan dengan berkorban demi keluarga, masyarakat dan negara, selain mengetepikan perbezaan serta memperkukuh perpaduan demi masa depan generasi akan datang.

“Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT dan menjadi asbab turunnya rahmat, keamanan serta keberkatan buat seluruh rakyat Malaysia,” katanya sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Teknologi baharu dijangka memperluas penerokaan minyak dan gas di kawasan barat Sarawak
Next: Pendaki Malaysia cedera di Gunung Rinjani dibawa ke hospital di Bali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.