Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • MAB anjur konsert amal ‘Muzik Demi Penglihatan 2.0’ Sabtu ini, kumpul dana OKU
  • HIBURAN

MAB anjur konsert amal ‘Muzik Demi Penglihatan 2.0’ Sabtu ini, kumpul dana OKU

Utusan Sarawak 3 hours ago
POSTER konsert amal ‘Muzik Demi Penglihatan 2.0’. Foto: Facebook Orkestra Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) bakal meraikan ulang tahun ke-75 penubuhannya menerusi penganjuran konsert amal ‘Muzik Demi Penglihatan 2.0’ di Auditorium Muzium Negara, Sabtu ini.

MAB dalam kenyataan hari ini memaklumkan konsert itu bertujuan mengumpul dana bagi memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan di negara ini.

Konsert anjuran Clap & Tap String Orchestra dengan kerjasama Festival Orkestra Kuala Lumpur oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu akan menampilkan persembahan orkestra berkonsepkan inklusif dan pemerkasaan komuniti OKU.

Konsert itu akan dipimpin oleh konduktor terkenal Dylan Lai dan turut menampilkan penyanyi MAB Haizad Shafarudin yang akan membuat persembahan istimewa bersama-sama dengan orkestra berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB Datuk George Thomas berkata fokus utama organisasi kini adalah untuk memperkukuh keupayaan jangka panjang komuniti OKU penglihatan melalui akses kepada teknologi, latihan vokasional berkualiti serta peluang ekonomi yang mampan.

“Matlamat kami adalah melengkapi pelajar bukan sahaja dengan ilmu, tetapi juga peralatan moden yang diperlukan untuk membina masa depan yang bermaruah dan berdikari,” katanya dalam kenyataan sama.

Hadirin dijangka dipersembahkan lagu-lagu seperti Butterfly Lovers, Habanera, Malay Medley, Studio Ghibli Medley, Passacaglia, Purple Rain dan Pirates Suite sebelum konsert ditutup dengan persembahan Young Choral Academy. 

Semua tiket bagi konsert berkenaan telah habis terjual, namun orang ramai yang ingin menyokong inisiatif itu masih boleh menyalurkan sumbangan terus ke Dana Jubli Intan MAB. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Ernie Zakri pertaruh sisi misteri menerusi ‘Tak Berlagu’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.