Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Seleweng diesel lewat malam gagal kaburi pihak berkuasa, stesen minyak diserbu KPDN
  • JENAYAH

Seleweng diesel lewat malam gagal kaburi pihak berkuasa, stesen minyak diserbu KPDN

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto: Bernama

IPOH: Taktik licik satu sindiket penyelewengan bahan api bersubsidi membeli bahan api itu pada waktu malam gagal apabila perbuatan tersebut berjaya dikesan pihak berkuasa yang membawa kepada rampasan 200 liter disyaki diesel dalam serbuan Ops Tiris 4.09 di sebuah stesen minyak di Batu Gajah.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata serbuan pada kira-kira 12.30 tengah malam itu dilakukan hasil risikan berhubung kegiatan penyelewengan minyak diesel yang dipercayai dilakukan beberapa stesen minyak di kawasan sekitar. 

“Hasil pemantauan selama seminggu, anggota penguatkuasa telah mengenalpasti sebuah lori muatan tiga tan jenis Mitsubishi yang disyaki digunakan dalam kegiatan ini. 

“Siasatan mendapati kenderaan tersebut telah diubah suai dengan pemasangan tangki tambahan berkapasiti kira-kira 2,000 liter diletakkan di bahagian muatan bagi tujuan mengumpul diesel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata sindiket ini dipercayai membeli bahan api itu pada lewat malam bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa sebelum memindahkannya ke dalam tangki yang telah diubah suai.

Dalam operasi ini, katanya, seorang pemandu lori itu berusia 38 tahun telah ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada pengawal bekalan bagi urusan melibatkan barang kawalan.

Berikutan itu, Kamalludin berkata pihaknya menyita 200 liter cecair disyaki diesel, sebuah lori, dua unit tangki Intermediate Bulk Container (IBC), satu unit pam, dua set hos serta dokumen pembelian diesel dengan kesemua nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM23,094.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lima lelaki ditahan disyaki terlibat sindiket penipuan kerja dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.