Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Teknologi baharu dijangka memperluas penerokaan minyak dan gas di kawasan barat Sarawak
  • SEMASA

Teknologi baharu dijangka memperluas penerokaan minyak dan gas di kawasan barat Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITEMUI MEDIA… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui media selepas majlis menandatangani kontrak antara Brooke Holding Sdn Bhd dan PTTEP Sarawak Oil Limited bagi Projek Platform Pengeluaran Sirung di sebuah hotel terkemuka hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Kawasan barat Sarawak berpotensi muncul sebagai wilayah baharu pengeluaran minyak dan gas negara sekiranya penerokaan dapat diperkasakan menerusi penggunaan teknologi moden yang lebih cekap dan ekonomik.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkembangan memberangsangkan projek tenaga yang dilaksanakan bersama rakan industri ketika ini, termasuk pembangunan Sirung-Chenda, memberi keyakinan bahawa lebih banyak kawasan berpotensi dapat diterokai pada masa hadapan.

Menurut Abang Johari, kajian geologi menunjukkan kawasan pesisir Barat Sarawak menyimpan potensi besar rizab hidrokarbon yang masih belum diterokai sepenuhnya.

“Saya berpandangan secara peribadi, kalau dikaji geologi, rizab minyak dan gas nampaknya boleh diterokai di kawasan pesisir pantai daripada Kimanis, Sabah, turun ke Brunei Bay.

“Selepas itu terdapat telaga minyak di Baram, Mukah dan Balingian. Dari Balingian pula ia boleh diteruskan ke kawasan bawah kerana kawasan tersebut masih belum diterokai sepenuhnya termasuk di Barat Sarawak.

“Kalau kita ada teknologi baharu yang dibangunkan oleh PTTEP, mungkin kita boleh menerokai dan melihat lebih banyak lagi rizab yang ada di kawasan Barat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis menandatangani kontrak antara Brooke Holding Sdn Bhd dan PTTEP Sarawak Oil Limited bagi Projek Platform Pengeluaran Sirung di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Tambah beliau, sebelum ini syarikat pengeluar minyak kurang berminat meneroka kawasan terbabit berikutan kos operasi yang tinggi selain pengeluaran melibatkan minyak masam yang sukar diproses.

Namun katanya, kemajuan teknologi kini membuka lembaran baharu apabila karbon dapat dipisahkan untuk menghasilkan gas manis, manakala karbon yang dipisahkan pula boleh disimpan selaras dengan pembangunan industri karbon Sarawak.

“Dengan adanya pembangunan teknologi baharu ini, penerokaan boleh dilaksanakan,” katanya.

Perkembangan itu dilihat mampu memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga serantau selain membuka ruang kepada penemuan rizab baharu yang berpotensi memacu ekonomi negeri untuk jangka panjang.

Oleh Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, hujan lebat di Kuala Lumpur, Labuan dan 10 negeri hingga 6.00 petang
Next: Aidiladha ingatkan nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan – Zahid Hamidi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.