
KUALA LUMPUR: Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur mendominasi eksport Malaysia dengan menyumbang sebanyak 88.9 peratus kepada jumlah eksport Malaysia pada April 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata eksport Malaysia pada April 2026 mencapai RM182.7 bilion iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak RM49.2 bilion.
Beliau berkata Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 45.1 peratus, diikuti oleh Johor (19.7 peratus), Selangor (14.6 peratus), Sarawak (5.3 peratus) dan Kuala Lumpur (4.2 peratus).
Peningkatan eksport didorong oleh eksport yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM33.5 bilion), Johor (+RM9.7 bilion), Kuala Lumpur (+RM3.5 bilion), Selangor (+RM2.5 bilion) dan Sarawak (RM490.1 juta), katanya dalam kenyataan mengenai Statistik Eksport Import Mengikut Negeri April 2026 yang dikeluaran hari ini.
Beliau berkata selain itu Perak (+RM472.2 juta), Terengganu (+RM404.6 juta), Sabah (+RM188.3 juta), Perlis (+RM26.7 juta) dan Negeri Sembilan (+RM25.2 juta).
Bagaimanapun, nilai eksport turun di Pahang sebanyak RM573.5 juta, Labuan (-RM289.1 juta), Kedah (-RM188.6 juta), Melaka (-RM158.2 juta) dan Kelantan (-RM11.8 juta), katanya.
Mohd Uzir berkata import pada April 2026 meningkat RM25.6 bilion (+20.0 peratus) berbanding bulan sama pada 2025.
Beliau berkata peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Johor (+RM18.6 bilion), Pulau Pinang (+RM9.6 bilion), Sarawak (+RM517.6 juta), Perak (+RM322.5 juta), Kedah (+RM294.8 juta), Labuan (+RM289.1 juta).
Negeri lain yang menyumbang kepada peningkatan import ialah Sabah (+RM211.6 juta), Terengganu (+RM165.4 juta), Negeri Sembilan (+RM127.0 juta), Pahang (+RM58.2 juta) dan Perlis (+RM40.9 juta).
Bagaimanapun, nilai import susut di Selangor sebanyak RM2.0 bilion, Kuala Lumpur (-RM1.3 bilion), Kelantan (-RM27.1 juta) dan Melaka (-RM8.0 juta).
Johor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 28.0 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (25.3 peratus), Selangor (23.4 peratus), Kuala Lumpur (7.8 peratus) dan Kedah (4.4 peratus), katanya. – Bernama