Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pemegang saham Cahya Mata pilih semula pengarah urusan kumpulan sebagai pengarah
  • BISNES

Pemegang saham Cahya Mata pilih semula pengarah urusan kumpulan sebagai pengarah

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib telah dipilih semula sebagai pengarah Cahya Mata Sarawak Bhd.

KUCHING: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib telah dipilih semula sebagai pengarah Cahya Mata Sarawak Bhd dan akan terus berkhidmat sebagai pengarah urusan kumpulan (MD).

Dalam satu kenyataan, sempena mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-51 yang diadakan di sini hari ini, kumpulan itu memaklumkan bahawa Sulaiman yang telah memimpin kumpulan itu sejak 2021, memperoleh 99.21 peratus undi yang menyokong pemilihan semula beliau.

“Keputusan ini mencerminkan keyakinan pemegang saham yang kukuh terhadap kepimpinannya ketika Cahya Mata meneruskan inisiatif transformasinya merentasi perniagaan, tadbir urus dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Pemegang saham juga meluluskan semua 10 resolusi dibentangkan di AGM,” menurut kenyataan itu.

Menurut kumpulan itu, butiran hasil AGM boleh didapati di laman web korporatnya dan menerusi pemfailan Bursa Malaysia. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti ambil untung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.