Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Subsidi RM10 juta PTB bantu kurangkan kos pemasangan solar bumbung isi rumah
  • TEMPATAN

Subsidi RM10 juta PTB bantu kurangkan kos pemasangan solar bumbung isi rumah

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Julaihi Narawi (tengah) pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Pemeteran Tenaga Bersih (PTB) di sebuah hotel terkemuka hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperkenalkan subsidi melebihi RM10 juta bagi pelaksanaan skim Pemeteran Tenaga Bersih (PTB) bagi menggalakkan pemasangan sistem solar bumbung dalam kalangan pengguna domestik di negeri ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, subsidi tersebut disediakan bagi mengurangkan kos pemasangan sistem solar bumbung yang dianggarkan antara RM15,000 hingga RM50,000 bagi setiap isi rumah.

“Setiap isi rumah layak menerima subsidi maksimum sehingga RM12,000 bagi pemasangan sistem solar bumbung, sekali gus mengurangkan kos keseluruhan pemasangan.

MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi (tengah) menyempurnakan gimik Pelancaran Kempen Kesedaran Pemeteran Tenaga Bersih (PTB) di sebuah hotel terkemuka hari ini. Foto Nadya Victoria 

“Dengan subsidi ini, kos menjadi lebih mampu milik dan lebih ramai boleh mengambil bahagian,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Pemeteran Tenaga Bersih (PTB) di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Katanya, Sarawak Energy Berhad (SEB) menyediakan peruntukan lebih RM12 juta bagi pelaksanaan program berkenaan, dengan sebahagiannya telah dibelanjakan manakala baki semasa sekitar RM10.24 juta.

“Setakat ini lebih 300 permohonan telah diterima di bawah skim berkenaan, dengan 174 daripadanya telah siap dilaksanakan.

“Peningkatan permohonan itu menunjukkan sambutan yang semakin baik terhadap inisiatif tenaga boleh baharu tersebut,” ujarnya. 

Menurut Julaihi, kelulusan permohonan bagi program tersebut tertakluk kepada baki peruntukan subsidi yang masih tersedia dan pengguna digalakkan untuk memohon lebih awal. 

Dalam pada itu, beliau menjelaskan kempen PTB turut bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai skim NEM supaya lebih ramai pengguna domestik dapat mengambil bahagian dalam inisiatif peralihan tenaga ini.

Menurut beliau, skim PTB yang diperkenalkan sejak tahun 2021 membolehkan pengguna domestik memasang sistem solar di bumbung premis masing-masing dan menyalurkan tenaga yang dijana ke Grid elektrik Sarawak.

Melalui skim ini, pelanggan bukan sahaja pengguna tenaga, tetapi turut menjadi pengeluar tenaga yang menyumbang kepada campuran tenaga boleh baharu dalam grid.

Untuk rekod, jumlah subsidi adalah berbeza mengikut kapasiti pemasangan, iaitu RM12,000 bagi sistem melebihi 6 hingga 50kWac, RM10,000 bagi sistem melebihi 3.5 hingga 6kWac dan RM8,000 bagi sistem antara 2 hingga 3.5kWac.

Oleh Adele Rissa 

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak kongsi hasil kekayaan negeri dengan rakyat – Len Talif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.