Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti ambil untung
  • BISNES

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti ambil untung

Utusan Sarawak 6 hours ago
BURSA Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti ambil untung

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini susulan pelabur bersikap berhati-hati dengan aktiviti pengambilan untung dicatatkan dalam saham wajaran tinggi terpilih, dalam persekitaran peningkatan hasil bon global dan menjelang pengumuman data inflasi AS.

Pada 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.17 mata atau 0.24 peratus kepada 1,708.50 berbanding paras 1,712.67 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.24 mata lebih rendah pada 1,711.43 dan bergerak antara 1,705.94 dan 1,713.50 sepanjang sesi dagangan.

Sentimen keseluruhan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 619 berbanding 419, manakala 565 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,095 kaunter tidak diniagakan dan 59 digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 3.06 bilion unit bernilai RM3.17 bilion berbanding 3.68 bilion unit bernilai RM3.58 bilion pada Jumaat.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata tumpuan pelabur dijangka kekal tertumpu pada keputusan suku pertama daripada bank-bank utama Malaysia yang akan memberikan hala tuju lebih jelas mengenai pertumbuhan kredit, daya tahan margin dan kekuatan trend penggunaan domestik dengan lebih meluas.

“Pelabur juga semakin sensitif terhadap data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Teras Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, inflasi lebih kukuh daripada jangkaan boleh mendorong hasil lebih tinggi dan memberi cabaran kepada Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk menurunkan kadar faedah.

“Walaupun peningkatan ekuiti yang dipacu kecerdasan buatan (AI) terus menyokong sentimen risiko serantau, peningkatan hasil dan keadaan kewangan yang lebih ketat mula mengakibatkan tekanan penilaian merentasi ekuiti global dan pasaran baru muncul,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Petronas Chemicals merosot 36 sen kepada RM5.34, Press Metal Aluminium berkurangan 13 sen kepada RM8.97, IOI Corporation turun lapan sen kepada RM4.01, manakala Maybank menambah enam sen kepada RM11.06, Public Bank pula menguncup satu sen kepada RM4.76.

Bagi saham aktif, Zetrix AI, YTL Corporation dan SFP Tech kesemuanya naik satu sen masing-masing kepada 80.5 sen, RM2.12 dan 22.5 sen, Skyechip menokok 22 sen kepada RM2.92, manakala EI Power merosot 3.5 sen kepada 59 sen.Antara kaunter paling untung, Unisem naik 35 sen kepada RM4.85, MI Technovation melonjak 33 sen kepada RM4.53, UMS Integration menambah 25 sen kepada RM8.42 dan VSTECS meningkat 22 sen kepada RM6.11.

Bagi kaunter paling rugi, Malaysian Pacific Industries berkurangan 50 sen kepada RM48.00, Kuala Lumpur Kepong merosot 32 sen kepada RM19.92, Scicom dan Batu Kawan merosot 20 sen masing-masing kepada RM1.64 dan RM20.40, manakala SAM Engineering susut 18 sen kepada RM4.80.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 25.89 mata kepada 12,680.34, Indeks FBM Top 100 turun 28.22 mata kepada 12,518.54, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 36.33 mata kepada 12,607.84, Indeks FBM Mid 70 berkurangan 31.41 mata kepada 18,266.89 dan Indeks FBM ACE merosot 4.25 mata kepada 4,721.72.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 14.45 mata kepada 20,011.55, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.91 mata kepada 197.72, Indeks Tenaga merosot 6.63 mata kepada 785.92 manakala Indeks Perladangan berkurangan 58.0 mata kepada 8,526.27.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.82 bilion unit bernilai RM2.89 bilion berbanding 1.85 bilion unit bernilai RM3.27 bilion pada Jumaat.

Dagangan waran berkurangan kepada 600.76 juta unit bernilai RM66.21 juta daripada 876.85 juta unit bernilai RM112.65 juta sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan susut kepada 639.99 juta unit bernilai RM208.80 juta berbanding 952.73 juta unit bernilai RM189.17 juta pada Jumaat.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 272.32 juta saham diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (292 juta), pembinaan (154.93 juta), teknologi (388.79 juta), perkhidmatan kewangan (39.98 juta), hartanah (180.16 juta), perladangan (32.44 juta), amanah pelaburan hartanah (28.09 juta), dana tertutup (80,400 unit), tenaga (149.39 juta), penjagaan kesihatan (97.46 juta), telekomunikasi dan media (72.76 juta), pengangkutan dan logistik (33.51 juta), utiliti (74.12 juta), serta amanah perniagaan (1,100). – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Next: Pemegang saham Cahya Mata pilih semula pengarah urusan kumpulan sebagai pengarah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.