Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Premier Sarawak kongsi hasil kekayaan negeri dengan rakyat – Len Talif
  • TEMPATAN

Premier Sarawak kongsi hasil kekayaan negeri dengan rakyat – Len Talif

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh menyerahkan replika cek kepada Pengerusi KRT Kampung Warisan Susur Jambu, Awang Hussaini Awang Osman.

SARIKEI: Pendekatan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memastikan hasil kekayaan negeri dikongsi bersama rakyat terus diterjemahkan menerusi penyaluran bantuan kepada komuniti setempat melalui pelaksanaan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di kawasan Sarikei.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, sebanyak RM9,999 telah disalurkan oleh Magna Focus Sdn Bhd kepada penerima di majlis penyerahan cek Program CSR Kawasan Sarikei, Program 3/2026 yang diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei.

DATUK Len Talif Salleh bergambar bersama yang lain di majlis penyerahan cek Program CSR Kawasan Sarikei, Program 3/2026 yang diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, hari ini.

“Alhamdulillah, kita baru selesai majlis penyampaian cek yang bernilai RM9,999 dari Magna Focus Sdn Bhd iaitu anak yarikat Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), dimana ia dibawah inisiatif yang diperkenalkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk berkongsikan pendapatan daripada perlombongan pasir yang terlibat daripada projek Taman Agro dan juga projek-projek yang menggunakan pasir di kawasan ini.

“Ini untuk diagihkan kepada masyarakat di persekitaran kawasan tersebut. Ini merupakan sesi program ketiga yang kita adakan,” katanya dalam sidang media selepas majlis tersebut, hari ini.

Katanya, bantuan tersebut melibatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Warisan Susur Jambu, manakala satu lagi cek akan diagihkan dalam masa terdekat kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Susur Jambu untuk pembelian aset dan sebagainya.

“Seperti yang telah saya tekankan tadi, ini merupakan pendekatan Premier Sarawak untuk memastikan kekayaan negeri ini dapat dikongsi dengan cara yang terbaik, iaitu mana-mana keuntungan dari pengoperasian perlombongan ini dapat disalurkan kepada masyarakat di kawasan tersebut.

“Banyaklah juga kawasan-kawasan di seluruh Sarawak yang telah mendapat manfaat dari program seperti ini.

“Harapan kita, dengan adanya program seperti ini, kita dapat berkongsikan manfaat bersama dan dalam masa yang sama, rakyat memberi bantuan kepada agensi-agensi kerajaan untuk melaksanakan projek ini secara teratur dan lebih efisien supaya akhirnya rakyat juga mendapat manfaat dari projek berkenaan,” katanya.

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, manfaat tersebut turut melibatkan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan seperti jalan raya, jambatan, Taman Agro serta projek di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) dan agensi lain termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dan Majlis Daerah Sarikei (MDS).

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) yang menjadi pelaksana program tersebut di bawah Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR).

Turut hadir, Pemangku Penguasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Sarikei, Mohd Syukri Qhairani dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Warisan Susur Jambu, Awang Hussaini Awang Osman.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: SUPP kecam dakwaan Jambatan Batang Lupar projek Kerajaan Madani
Next: Subsidi RM10 juta PTB bantu kurangkan kos pemasangan solar bumbung isi rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.