Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sampah dibuang sesuka hati walaupun papan tanda amaran dipasang
  • Utara
  • WILAYAH

Sampah dibuang sesuka hati walaupun papan tanda amaran dipasang

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB...Longgokan sampah dibuang di tepi laluan pejalan kaki walaupun papan tanda larangan telah dipasang di lokasi berkenaan.

MIRI: Sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu yang membuang sampah sesuka hati terus mencemarkan kawasan awam walaupun papan tanda larangan telah dipasang di lokasi berkenaan.

Tinjauan Utusan Sarawak di sebuah kawasan parkir  di Pusat Komersial Centre Point di sini mendapati longgokan sampah terdiri daripada plastik, kotak, sisa makanan dan bekas minuman dibuang di tepi laluan pejalan kaki, sekali gus menimbulkan pemandangan kurang menyenangkan.

Lebih mengecewakan, lokasi itu turut mempunyai papan tanda bertulis ‘Jangan Buang Sampah Di Sini Tolong Tong Sampah Sana’, namun arahan berkenaan dipercayai tidak diendahkan pihak tertentu.

Keadaan itu bukan sahaja mencacatkan imej bandar raya, malah boleh mengundang masalah kebersihan serta menjadi tempat pembiakan serangga dan haiwan perosak jika tidak ditangani segera.

Orang ramai berharap pihak berkaitan dapat meningkatkan pemantauan serta mengambil tindakan terhadap individu yang membuang sampah secara haram demi memastikan kebersihan kawasan awam terus terpelihara.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Projek jalan, elektrik Sungai Passin bawa perubahan besar kepada penduduk
Next: Program Sarawakku Sayang Bintulu tarik lebih 30,000 pengunjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.