Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SUPP terus komited berkhidmat tanpa mengira sempadan politik
  • Tengah
  • WILAYAH

SUPP terus komited berkhidmat tanpa mengira sempadan politik

Utusan Sarawak 5 hours ago
MOHON BERKAT…Ding ketika upacara Miring pada Majlis Pra Gawai Dayak 2026 anjuran SUPP Cawangan Dudong dan Sibu Jaya, hari ini.

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terus komited memperjuangkan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, walaupun kawasan Dudong dan Sibu Jaya bukan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili SUPP, semangat perjuangan parti untuk berkhidmat kepada rakyat tidak seharusnya luntur atau terhad oleh sempadan politik.

“Sebaliknya, inilah masanya untuk kita membuktikan bahawa perjuangan SUPP adalah perjuangan yang ikhlas, berteraskan kebajikan rakyat dan pembangunan masyarakat secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili presiden parti itu, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada Majlis Pra Gawai Dayak 2026 anjuran SUPP Cawangan Dudong dan Sibu Jaya, hari ini.

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK…Ding bersama tetamu lain pada upacara Ngirup Ai Pengayu pada Majlis Pra Gawai Dayak 2026 anjuran SUPP Cawangan Dudong dan Sibu Jaya, hari ini.

Menurutnya, seluruh ahli SUPP perlu terus memperkukuhkan perpaduan, semangat kerjasama serta iltizam perjuangan dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Katanya, ahli parti juga perlu sentiasa mendekati rakyat, mendengar denyut nadi serta permasalahan mereka selain memainkan peranan sebagai jambatan yang menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan.

“Kekuatan sesebuah parti bukan hanya terletak pada jumlah kerusi yang dimenangi, tetapi juga pada kesatuan, keikhlasan dan komitmen ahli-ahlinya dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Saya yakin dengan semangat kebersamaan, disiplin serta kerja berpasukan yang utuh, SUPP akan terus mendapat keyakinan dan sokongan rakyat pada masa hadapan,” katanya.

Ding berharap sambutan Hari Gawai tahun ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan kesihatan yang baik selain terus memperkukuh perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Turut hadir ialah ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Joen Ek, Pengerusi SUPP Cawangan Dudong, Wong Ching Yong, Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Jaya, Kong Sing Ping, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: NRMF berpotensi dijadikan acara pelancongan utara Sarawak, perkukuh hubungan serantau
Next: Projek tangki air Batu Luking terima peruntukan RM500,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.