Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rexy bimbang kekurangan pemain pelapis beregu campuran
  • SUKAN

Rexy bimbang kekurangan pemain pelapis beregu campuran

Utusan Sarawak 6 hours ago
REXY Mainaky. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara Rexy Mainaky mengakui sektor beregu campuran negara kini berdepan dengan krisis kekurangan pasangan berbakat.

Beliau berkata keadaan itu sekali gus mewujudkan situasi yang kurang sihat, khususnya terhadap pasangan beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei.

“Sekarang ini kita tidak nampak pemain pelapis kerana tahap mereka itu masih bermain pada peringkat IC (International Challenge). Malah, ketika bermain pada peringkat IC, mereka hanya mampu melepasi pusingan suku akhir dan separuh akhir.

“Jadi, kalau prestasi mereka masih begini sudah tentu susah untuk dorong Tang Jie–Ee Wei dan ini juga bakal menjadi satu masalah,” katanya ketika ditemui semalam.

Rexy berkata beliau dan ketua jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto akan duduk bersama-sama untuk membincangkan perkara berkenaan bagi meningkatkan lagi kualiti beregu campuran negara.

Dalam perkembangan lain, Rexy berkata beregu wanita negara Pearly Tan–M. Thinaah akan beraksi pada kejohanan Terbuka Singapura minggu hadapan.

Terdahulu, pasangan nombor dua dunia itu sebelum ini terpaksa menarik diri daripada saingan Malaysia Masters 2026 selepas Pearly disahkan belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan belakang yang dialaminya.

Pada Terbuka Singapura, Pearly–Thinaah akan memulakan kempen menentang pasangan Taiwan, Hu Ling Fang–Jheng Yu Chieh dalam pusingan pertama.- Bernama

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak suntik sokongan moral kepada Kuching City FC
Next: Malaysia Masters 2026: Pasangan Denmark sekat impian Sze Fei-Nur Izzudin raih gelaran pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.