Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 130 jururawat sertai senamrobik sempena Hari Jururawat 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

130 jururawat sertai senamrobik sempena Hari Jururawat 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
PARA peserta melakukan senamrobik sempena sambutan Hari Jururawat 2026. Foto SNPA Cawangan Sarikei

SARIKEI: Seramai 130 jururawat dari Bahagian Sarikei telah menyertai program senamrobik anjuran Persatuan Profesional Jururawat Sarawak (SNPA) Cawangan Sarikei dan Persatuan Bidan Sarawak (SMA) Cawangan Sarikei sempena sambutan Hari Jururawat 2026.

Pengerusi Persatuan Profesional Jururawat Sarawak Cawangan Sarikei, Wong Siew Hua berkata, program tersebut bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah memperkukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan warga kejururawatan.

“Jururawat memainkan peranan amat penting dalam sistem penjagaan kesihatan negara.

 PENGERUSI Persatuan Profesional Jururawat Sarawak Cawangan Sarikei, Wong Siew Hua berucap pada program senamrobik bertempat di pekarangan Dewan Suarah Sarikei, semalam. Foto SNPA Cawangan Sarikei

“Jururawat sentiasa komited menjalankan tanggungjawab dengan penuh profesionalisme, kasih sayang dan kesabaran dalam menjaga pesakit sama ada di hospital, komuniti mahupun perkhidmatan kesihatan peringkat akar umbi,” katanya ketika berucap pada program tersebut yang diadakan di pekarangan Dewan Suarah Sarikei, semalam.

Katanya, jururawat bukan sahaja terlibat dalam penjagaan pesakit tetapi turut memainkan peranan aktif dalam pendidikan kesihatan, pencegahan penyakit dan penjagaan komuniti.

“Komitmen ini mencerminkan semangat pengorbanan dan dedikasi semua jururawat yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

WONG Siew Hua bergambar bersama para peserta yang menyertai program senamrobik anjuran SNPA Cawangan Sarikei dan SMA Cawangan Sarikei.

“Terima kasih kepada semua jururawat atas segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini dalam menjaga kesejahteraan pesakit dan masyarakat.

“Saya berharap masyarakat akan terus memberikan lebih kefahaman, sokongan dan penghargaan terhadap profesion kejururawatan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Gereja Life Baptist Sarikei terima RM731,000 bantuan pembangunan sejak 2018
Next: Ceramah keselamatan kebakaran bantu tingkat kesiapsiagaan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.