Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gereja Life Baptist Sarikei terima RM731,000 bantuan pembangunan sejak 2018
  • Tengah
  • WILAYAH

Gereja Life Baptist Sarikei terima RM731,000 bantuan pembangunan sejak 2018

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO’ Sri Huang Tiong Sii berucap pada majlis Ulang Tahun Ke-26 Gereja Life Baptist Sarikei dan Upacara Pentahbisan Pastor, semalam. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Gereja Life Baptist Sarikei menerima sokongan pembangunan berjumlah keseluruhan RM731,000 menerusi pelbagai saluran bantuan kerajaan dan peruntukan wakil rakyat sejak 2018 hingga 2026.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, bantuan tersebut melibatkan peruntukan melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Katanya, melalui Projek Kecil Luar Bandar (MRP), jumlah keseluruhan yang disalurkan kepada gereja tersebut dari 2023 hingga 2026 adalah sebanyak RM11,000.

DATO’ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan sumbangan kepada pihak Gereja Life Baptist Sarikei. Foto Pusat Khidmat Repok

Sementara itu, bagi bantuan melalui UNIFOR pula, sokongan yang diberikan dari 2018 hingga 2026 berjumlah RM270,000.

“Sementara itu, melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), gereja ini telah menerima sebanyak RM450,000 dari 2019 hingga 2026.

“Secara keseluruhannya, jumlah sokongan yang disalurkan sehingga 2026 adalah sebanyak RM731,000.

“Bantuan ini bukanlah untuk dibanggakan tetapi sebagai tanda keprihatinan dan komitmen saya agar gereja ini dapat terus berkembang, melaksanakan pelayanan dengan lebih baik dan menjadi berkat kepada jemaah serta masyarakat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata demikian ketika berucap pada majlis Ulang Tahun Ke-26 Gereja Life Baptist Sarikei dan Upacara Pentahbisan Pastor, semalam.

PARA hadirin bergambar bersama Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Foto Pusat Khidmat Repok

“Perjalanan selama 26 tahun bukanlah satu perjalanan yang singkat.

“Sepanjang perjalanan ini, gereja telah menjadi tempat orang mencari ketenangan, menemukan harapan baru dan mengukuhkan iman,” katanya.

Tiong Sii turut mengucapkan tahniah kepada pastor yang ditahbiskan dan berharap seluruh jemaah terus memberikan sokongan dalam memperkukuhkan pelayanan gereja.

“Kepada sidang jemaah sekalian, seorang gembala yang baik memerlukan sokongan daripada kawasannya.

“Marilah kita bersama-sama berdiri teguh di belakang pastor kita yang baharu ini, mendoakan beliau agar diberi kebijaksanaan, ketabahan dan keberanian untuk memimpin,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kepimpinan yang sentiasa menitikberatkan keharmonian agama dan budaya.

Katanya, kepimpinan Premier Sarawak memberi keyakinan bahawa setiap rumah ibadat akan terus mendapat perhatian dan sokongan demi kesejahteraan rakyat.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikan.

“Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan memperkukuh semangat perpaduan dalam masyarakat kita,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut menyumbangkan sebanyak RM15,000 bagi membantu aktiviti tahunan Gereja Life Baptist Sarikei.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Komunikasi dua hala penting jaga kebajikan, prestasi warga polis – KPD Betong
Next: 130 jururawat sertai senamrobik sempena Hari Jururawat 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.