Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Bikers Brunei, Bintulu, Miri hadir meriahkan BIIBBF Kuching, eratkan hubungan komuniti Borneo
  • RENCANA

Bikers Brunei, Bintulu, Miri hadir meriahkan BIIBBF Kuching, eratkan hubungan komuniti Borneo

Utusan Sarawak 5 hours ago
RAKAM KENANGAN… Abang Nor Nasaruddin, Haikal, Alias bergambar bersama para bikers yang lain pada sesi santai makan malam anjuran Persatuan Motorsikal Kembara Brunei, semalam.

KUCHING: Penyertaan kelab motosikal berkuasa tinggi dari Brunei Darussalam, Bintulu dan Miri dalam Festival Borneo Island International Big Bike Festival (BIIBBF) ke-24 di sini bukan sahaja memeriahkan acara, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta berkongsi pengalaman dalam dunia permotoran.

Presiden Persatuan Motosikal Kembara Brunei, Alias berkata, kehadiran mereka ke BIIBBF merupakan tanda sokongan terhadap penganjuran festival tersebut selain memperkukuh jaringan persahabatan dengan komuniti bikers di Sarawak, Sabah, Labuan dan Kalimantan, Indonesia.

Menurutnya, BIIBBF yang menghimpunkan komuniti motosikal dari lima wilayah iaitu Brunei, Sarawak, Sabah, Labuan dan Kalimantan merupakan acara yang sentiasa dinantikan setiap tahun.

“Tujuan utama kami hadir adalah untuk menyokong penganjuran BIIBBF selain mempereratkan silaturahim yang telah lama terjalin antara komuniti bikers di rantau ini.

“Jika rakan-rakan dari Sarawak datang ke Brunei, kami juga akan membantu dari segi penginapan dan keperluan lain.

PERTUKARAN momento antara Haikal dan Abang Nor Nasaruddin.

Hubungan ini sudah seperti sebuah keluarga,” katanya ketika ditemui pada sesi santai makan malam anjuran Persatuan Motorsikal Kembara Brunei, semalam.

Beliau menambah bahawa pengalaman menyertai konvoi pada tahun ini amat bermakna kerana berjaya menyatukan beberapa kelab motosikal dari Brunei dalam satu perjalanan bersama.

Katanya lagi, generasi muda yang berminat menyertai komuniti motosikal perlu menjadikan platform seperti BIIBBF sebagai medium untuk menimba pengalaman serta mempelajari budaya permotoran secara positif dan berdisiplin.

Sementara itu, Presiden Brotherhood Motosport Club Bintulu, Haikal berkata, penganjuran BIIBBF bukan sahaja menjadi platform perhimpunan komuniti bikers, malah membuka ruang untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan serta memperkukuh hubungan sesama kelab motosikal.

Haji Haikal menambah bahawa walaupun terdapat pelbagai kelab yang terlibat, semangat kebersamaan tetap menjadi keutamaan dalam kalangan peserta.

PERTUKARAN momento antara Abang Nor Nasaruddin dan Alias.

“Tidak kira dari mana kelab berasal, kita tetap bersama sebagai satu komuniti bikers. Yang penting ialah hubungan persaudaraan dan semangat setiakawan,” ujarnya.

Mengulas mengenai perjalanan konvoi dari Bintulu ke Kuching, beliau berkata bahawa perjalanan tersebut memberikan pengalaman berharga walaupun berdepan beberapa cabaran sepanjang perjalanan.

Wakil kumpulan Black Eagle Brunei, Rosan berkata, penyertaan dalam festival tersebut membawa makna besar kepada komuniti bikers di rantau Borneo kerana mampu menyatukan peminat motosikal daripada pelbagai negara dan wilayah.

Menurutnya, komuniti permotoran di Brunei sememangnya aktif dengan pelbagai kelab yang diwujudkan, namun BIIBBF menjadi medan terbaik untuk memperkukuh hubungan persaudaraan sesama bikers.

“Festival ini lebih kepada merapatkan hubungan dan silaturahim antara komuniti motosikal di Borneo selain berkongsi ilmu serta pengalaman dalam bidang permotoran,” katanya ketika ditemui pada sesi santai makan malam anjuran Persatuan Motosikal Kembara Brunei, semalam

Wakil kumpulan Nomad Brunei, C-Bon berkata, penyertaan kali pertama mereka ke Kuching memberikan pengalaman yang amat mencabar dan bermakna.

Katanya, perjalanan konvoi dari Brunei ke Kuching sejauh kira-kira 800 kilometer menguji ketahanan mental, fizikal serta kemampuan motosikal yang digunakan.

“Perjalanan ini sangat mencabar kerana jaraknya jauh, namun ia memberikan pengalaman baharu kepada kami selain mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli kumpulan,” ujarnya.

Pada penghujung majlis tersebut, diadakan ucapan alu-aluan oleh Presiden Cat City Motorsport Club yang juga Pengerusi Cat City International Bike Week 2026, Abang Nor Nasaruddin.

Pada masa yang sama, beliau turut mempromosikan penganjuran Cat City International Bike Week 2026 pada 29, 29, 30, 31 Oktober dan 1 November 2026 di kawasan Parkir Stadium Negeri Sarawak Petra Jaya.

Turut hadir, penunggang solo dari Miri, Arun Taha.

Tags: RENCANA

Continue Reading

Previous: Warning of an extreme El Niño 2026/27: Risks of drought, heatwaves and haze

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.