Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak rancang rangkaian kereta api Bintulu-Samalaju
  • TEMPATAN

Sarawak rancang rangkaian kereta api Bintulu-Samalaju

Utusan Sarawak 4 hours ago
ABANG Johari berucap pada majlis makan malam bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) sempena Program Sarawakku Sayang di Hotel Imperial semalam.

BINTULU: Kerajaan Sarawak merancang membangunkan rangkaian kereta api dari Bintulu ke Samalaju menerusi Kidurong bagi memperkukuh sistem logistik dan menyokong pertumbuhan industri di kawasan berkenaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri telah mengadakan rundingan berhubung cadangan projek itu dan perkara berkenaan turut dimaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Kami telah berunding untuk membina rangkaian kereta api dari Bintulu ke Kidurong dan seterusnya ke Samalaju.

“Perkara ini telah kita maklumkan kepada Kerajaan Persekutuan dan sekiranya mereka tidak dapat melaksanakannya, kita akan mempertimbangkan pelaksanaan secara usaha sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) sempena program Sarawakku Sayang di Hotel Imperial di sini, semalam.

Tambahnya, projek itu merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang kerajaan negeri dalam memperkukuh jaringan pengangkutan moden dan meningkatkan kecekapan logistik di koridor perindustrian Bintulu-Samalaju.

Menurut beliau, pembangunan sistem rel berkenaan juga dijangka menjadi sebahagian daripada rangkaian projek laluan kereta api rentas wilayah di Borneo pada masa depan.

Abang Johari berkata, pembangunan infrastruktur strategik seperti sistem kereta api moden penting bagi menyokong pertumbuhan ekonomi baharu termasuk industri tenaga hijau dan teknologi tinggi di Sarawak.

Katanya, Bintulu kini terus berkembang sebagai hab industri utama negeri selari dengan agenda Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Beliau turut menegaskan bahawa kestabilan politik dan perpaduan masyarakat menjadi faktor penting dalam memastikan agenda pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara berterusan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Abang Johari gesa anak muda Sarawak kuasai AI, STEM
Next: 1,000 sertai program berjalan sihat bersama Premier Sarawak di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.