Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street apabila harapan meningkat terhadap penyelesaian konflik di Asia Barat dan disokong oleh data ekonomi domestik yang positif.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 4.53 mata kepada 1,712.89 daripada 1,708.36 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.35 mata kepada 1,711.71.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 211 berbanding 176 manakala 330 kaunter tidak berubah, 2,001 tidak diniagakan dan 63 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 216.59 juta saham bernilai RM106.09 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi manakala harga minyak mentah merosot dengan minyak mentah Brent menurun kepada AS$102 setong dan hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) tidak berubah pada 4.57 peratus.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng menyusut di bawah paras 25,400, menjejaskan kenaikan pada sesi dagangan pagi,” katanya kepada Bernama.

Dalam negara, Thong menjangka FBM KLCI berada dalam julat 1,700 hingga 1,715 hari ini.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2026 kepada 136.9 manakala produktiviti buruh berada pada RM45.5 sejam bekerja pada suku pertama 2026, meningkat sebanyak 4.8 peratus.

Dari segi gambaran lebih luas, ekonomi negara terus berkembang sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026 kepada RM437.7 bilion berbanding 6.2 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan CIMB, masing-masing menambah tiga sen kepada RM4.80 dan RM7.78, IHH Healthcare naik satu sen kepada RM8.93 manakala Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing mendatar pada RM11.04 dan RM14.46. 

Bagi saham aktif, SkyeChip meningkat 10 sen kepada RM2.43, HHRG menurun 1.5 sen kepada sembilan sen manakala Gold Li, GIIB dan V.S Industry, masing-masing mendatar pada 12 sen, 39.5 sen dan 19.5 sen.

Kaunter paling untung termasuklah Malaysian Pacific Industries, meningkat 58 sen kepada RM46.78, Fraser & Neave naik 32 sen kepada RM29.30, BM Greentech menambah 26 sen kepada RM1.37, LPI Capital menokok 24 sen kepada RM15.24 dan Petronas Chemicals naik 12 sen kepada RM5.57.

Bagi kaunter paling rugi, Petronas Dagangan menurun 28 sen kepada RM18.52, Petron Malaysia Refining & Marketing berkurangan 23 sen kepada RM14.13, Ta Ann merosot 11 sen kepada RM5.50, C.I. menyusut 10 sen kepada RM2.45 dan APM Automotive menurun sembilan sen kepada RM3.05.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 30.83 mata kepada 12,700.71, Indeks FBM Top 100 meningkat 30.83 mata kepada 12,542.31, Indeks FBM Emas Shariah menambah 34.74 mata kepada 12,603.32, Indeks FBM Mid 70 menokok 35.0 mata kepada 18,265.82 dan Indeks FBM ACE jatuh 5.16 mata kepada 4,673.08.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 46.83 mata kepada 20,069.80, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.18 mata kepada 198.60, Indeks Tenaga menambah 4.59 mata kepada 781.50 dan Indeks Perladangan menokok 8.97 mata kepada 8,566.37. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.