Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TYT, isteri menunaikan ibadat haji, mohon doa perjalanan dipermudahkan
  • TEMPATAN

TYT, isteri menunaikan ibadat haji, mohon doa perjalanan dipermudahkan

Utusan Sarawak 6 hours ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi tunaikan ibadah haji.

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta keluarga dijadualkan berangkat ke Tanah Suci pada Sabtu ini, 23 Mei bagi menunaikan ibadah haji.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan dan rezeki yang dikurniakan untuk menunaikan ibadah haji bersama keluarga.

Menurut kenyataan Astana Sarawak, mereka turut memohon doa daripada seluruh rakyat Sarawak agar segala urusan perjalanan dan ibadah mereka sekeluarga dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT sepanjang berada di Tanah Suci.

Dalam kesempatan tersebut, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan juga memohon maaf sekiranya sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada negeri serta rakyat, terdapat sebarang kekhilafan, kekurangan, kelemahan atau keterlanjuran kata yang mungkin telah menyinggung perasaan mana-mana pihak, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelaksanaan ibadah haji, Tun Wan Junaidi memaklumkan bahawa penggunaan telefon akan dihadkan dan beliau tidak dapat membalas panggilan, WhatsApp serta mesej peribadi kecuali bagi perkara penting dan kecemasan.

Beliau turut berharap agar ibadah haji bersama rombongan kelak akan dipermudahkan segala urusan serta dianugerahkan haji yang mabrur dan diterima Allah SWT.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Penyertaan Pearly-Thinaah di Terbuka Singapura diketahui Sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.