Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkukuh kerjasama, Pegawai Penerangan baharu kunjungi IPD Marudi
  • Utara
  • WILAYAH

Perkukuh kerjasama, Pegawai Penerangan baharu kunjungi IPD Marudi

Utusan Sarawak 5 hours ago
ERAT KERJASAMA…Ketua Polis Daerah Marudi, Nor Aizan bergambar kenangan bersama warga Penerangan Marudi semasa lawatan Pegawai Penerangan baharu, Juliana Abdullah.

MARUDI: Pegawai Penerangan Daerah Marudi yang baharu, Juliana Abdullah, telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi semalam.

Kunjungan tersebut disambut oleh Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Polis Nor Aizan Mohd Jamil, bersama Sub Inspektor Dolhan Chek.

Pertemuan itu memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang mengenai kerjasama, khususnya dalam pelaksanaan program akan datang.

Turut dibincangkan dalam kunjungan berkenaan ialah aspek penyampaian maklumat serta kempen kesedaran mengenai jenayah siber hingga ke peringkat komuniti.

Ketua Polis Daerah Marudi, Nor Aizan, menyambut baik usaha tersebut dan berharap jalinan kerjasama itu akan memberi impak positif dalam membina komuniti yang lebih peka dan cakna terhadap isu-isu keselamatan.

Kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan sesi bergambar kenangan sebagai simbolik hubungan erat antara kedua-dua pihak.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 27 anggota APM Lubok Antu mantapkan kesiapsiagaan melalui latihan bulanan
Next: 500 kampit beras percuma untuk orang ramai sempena Hari Wesak di Batu Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.