Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Zara Qairina anak manja, hubungan dengan ibu sangat mesra dan rapat – Saksi
  • MAHKAMAH

Zara Qairina anak manja, hubungan dengan ibu sangat mesra dan rapat – Saksi

Utusan Sarawak 7 hours ago
ZARA Qairina anak manja, hubungan dengan ibu sangat mesra dan rapat – Saksi.

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir tidak pernah mengadu dirinya tidak disayangi atau meluahkan perasaan takut terhadap ibunya.

Abu Bakar Lamat, 47, berkata beliau juga tidak pernah melihat anak saudaranya itu mengalami tekanan serius berkaitan keluarga sebaliknya pelajar Tingkatan Satu berkenaan lebih banyak berkongsi cerita mengenai sekolah dan rakan-rakan.

Saksi ke-72 itu berkata, hubungan Zara Qairina dengan ibunya sangat rapat memandangkan Allahyarham adalah anak tunggal dan sering berhubung dengan Noraidah Lamat melalui panggilan telefon ketika berada di asrama.

“Zara Qairina sering menghubungi ibunya pada waktu malam untuk bertanya khabar dan melepaskan rasa rindu. Pada pemerhatian saya, arwah sangat gembira menjalani kehidupan bersama dengan ibunya dan tidak pernah mempunyai masalah serius dengan ibunya,” katanya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Beliau berkata, Noraidah sentiasa menegur dan mendidik Zara Qairina secara lembut dan penuh kasih sayang selain sedaya upaya cuba memenuhi keperluan serta kehendak anaknya. 

Abu Bakar berkata, Noraidah juga tidak pernah mengabaikan atau melayan Zara Qairina dengan cara yang tidak wajar.

Saksi itu berkata, kali terakhir beliau bertemu Zara Qairina ialah pada Mac 2025 ketika sambutan Aidilfitri sebelum menerima berita mengenai insiden yang menimpa arwah pada 16 Julai tahun lepas.

Beberapa keping gambar dan video sambutan Aidilfitri di rumah ibu Zara Qairina di Sipitang turut ditunjukkan di mahkamah sebagai bahan bukti.

Peguam Shahlan Jufri kemudian memperdengarkan audio perbualan Zara Qairina dengan ibunya yang diperoleh daripada telefon bimbit milik arwah serta bertanyakan saksi sama ada perbualan itu adalah kebiasaan antara kedua-dua beranak.

“Ya, secara kebiasaannya memang begitu perbualan antara emaknya dan Zara Qairina kerana arwah seorang anak yang manja, periang dan peramah,” katanya. 

Sementara itu, saksi kanak-kanak ke-73 memaklumkan mahkamah bahawa dia tidak pernah melihat Zara Qairina berada dalam keadaan tertekan atau murung.

Remaja itu berkata, Zara Qairina adalah seorang yang pemurah dan gemar melakukan aktiviti bersama seperti bercuti, membeli-belah dan menghasilkan video TikTok.

“Antara sifat Zara Qairina yang paling saya ingat ialah arwah seorang yang sangat suka bergurau dan mudah mesra,” menurutnya dalam pernyataan saksi.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, iaitu sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya sekitar 4.00 pagi.

Pada 13 Ogos 2025, Jabatan Peguam Negara mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis. – Bernama

Continue Reading

Previous: Zaim Ikhwan peroleh penjagaan anak tanpa sebarang syarat, bon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.