Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia perlu perkukuh daya tahan rantaian bekalan industri kitar semula – MITI
  • NASIONAL

Malaysia perlu perkukuh daya tahan rantaian bekalan industri kitar semula – MITI

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Sim Tze Tzin. Foto Bernama.

SHAH ALAM: Malaysia perlu memperkukuh daya tahan rantaian bekalan industri kitar semula dengan memanfaatkan bahan tempatan sebagai sumber bahan mentah bagi mengurangkan kebergantungan pada import plastik dan polietilena tereftalat (PET).

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin berkata, konflik di Asia Barat telah menjejaskan bekalan bahan mentah dan meningkatkan kos syarikat kitar semula, pengeluar dan kilang tempatan yang bergantung pada import plastik dan PET.

“Kita tidak boleh lagi bergantung pada bahan import dari luar negara dan perlu meningkatkan produktiviti dalam negara.

“Oleh itu, ekspo ini sangat penting bagi syarikat kitar semula dan pengeluar tempatan untuk bekerjasama,” katanya selepas majlis pelancaran Malaysia Waste Management and Recycling Expo 2026 (MyWare) dan Malaysia Logistics Warehouse Expo 2026 (MyLog) di Pusat Konvensyen Setia Alam di sini hari ini.

Sim berkata, prestasi kitar semula negara telah menghampiri 40 peratus dan sasaran itu masih mempunyai ruang yang luas untuk dipertingkatkan melalui pelaburan industri dalam penyediaan fasiliti moden bagi melonjakkan produktiviti. 

Beliau berkata, langkah mengoptimumkan sisa kitar semula adalah amat kritikal terutamanya di kawasan tapak pelupusan sampah yang sentiasa dipenuhi dengan bahan kitar semula. 

Katanya sebagai langkah awal, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Tanggungjawab Pengeluar Diperluas (EPR) bermula Januari 2026 di bawah KPKT dan Pelan Tindakan Ekonomi Kitaran, iaitu pengeluar yang mengeluarkan produk tidak mesra kitar semula akan dikenakan caj fi. 

“Statistik menunjukkan bahawa sekitar 40 peratus atau 15,000 tan daripada sisa harian merupakan bahan yang boleh dikitar semula seperti plastik, kertas dan logam.

“Namun, setiap tahun sekitar RM500 juta nilai bahan dibuang ke tapak pelupusan sampah sedangkan bahan tersebut boleh dikitar semula dan dipertingkatkan nilainya,” katanya. 

Sim berkata, bagi menyokong peralihan itu juga, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kini menetapkan sasaran aktif bagi mempercepat kemajuan industri menerusi Kerangka Insentif Baharu (NIF).

Beliau berkata, MITI telah menggantikan pendekatan ‘satu penyelesaian untuk semua’ dengan memperkenalkan Kad Skor Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), yang berkesan menjadikan prestasi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sebagai asas kepada pertumbuhan perniagaan yang lebih mampan.

Katanya, syarikat yang mesra kitar semula layak menikmati Kadar Cukai Khas serendah sifar hingga 15 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus bagi perbelanjaan modal yang layak.

“Bagi mereka yang melabur khusus dalam infrastruktur hijau, Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) masih tersedia, dengan manfaat elaun sehingga 100 peratus bagi aset hijau atau pengecualian cukai 70 peratus bagi perkhidmatan hijau.

“Bagi perniagaan tempatan yang bersedia untuk berubah tetapi bimbang mengenai modal, Perbadanan Pembangunan Kewangan Industri Malaysia (MIDF) turut menyediakan bantuan kewangan melalui Pembiayaan Perniagaan Hijau Mampan (SGBF),” katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Dr M Noor Azman Taib. – Bernama

Continue Reading

Previous: Semua parti komponen termasuk GPS nyata sokongan, terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal – Fahmi
Next: LHDN kesan taktik guna nama gelandangan untuk elak cukai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.