Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Enam projek pembaharuan bandar giat dilaksana secara berfasa
  • TEMPATAN

DUN: Enam projek pembaharuan bandar giat dilaksana secara berfasa

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya di sidang DUN Sarawak, Petra Jaya. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Enam projek pembaharuan bandar di seluruh Sarawak sedang giat dilaksanakan secara berfasa melibatkan pembangunan di Kuching, Sibu, Bintulu dan Tatau bagi memperkukuh kesejahteraan serta sosioekonomi rakyat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelaksanaan ini dibuat secara berfasa bagi memastikan pembangunan bandar lebih tersusun, mampan dan tidak menjejaskan kehidupan rakyat sedia ada secara mendadak.

“Projek berkenaan merangkumi Pembangunan Darul Hana dan Penempatan Sungai Bedaun di Kuching, Pembangunan Semula Kampung Datu serta Pembangunan Kemuyang di Sibu, Skim Pembesaran Kampung Jelutong di Bintulu dan Tatau Kampung Extension di Tatau. 

“Pendekatan pembaharuan bandar bukan sekadar menyediakan rumah kediaman, sebaliknya membangunkan komuniti secara menyeluruh termasuk infrastruktur, utiliti, kemudahan awam dan ruang ekonomi,” katanya yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Di Kuching, sebanyak 564 unit rumah di Darul Hana telah diagihkan sepenuhnya, manakala di Sungai Bedaun sebanyak 183 daripada 209 unit telah diserahkan kepada penduduk.

Di Sibu, 93 unit di Kampung Datu Baharu telah diagihkan dengan baki 11 unit akan diserahkan, manakala di Kemuyang sebanyak 137 daripada 150 unit telah diserahkan kepada penduduk setempat.

Di Bintulu pula, 97 unit rumah di Kampung Jelutong, Jepak serta 87 unit di Tatau Extension Scheme telah siap dibina dan akan diagihkan dalam tahun ini.

Awang Tengah turut memaklumkan beberapa projek baharu telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) termasuk Semariang Pinggir, Kampung Baru Kapit, Sungai Baji Sarikei, Jepak Fasa I, Padang Kerbau Miri dan Trusan Bazaar Lawas.

Dalam pada itu, kerajaan turut memberi penekanan terhadap pelaksanaan Penilaian Impak Sosial (SIA) bagi memastikan setiap pembangunan memberi keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: “Tiada pengusiran drastik” – kerajaan jelas hala tuju baharu industri Pending
Next: DUN: 28 projek SPS dan SPK sedia 2,761 lot kediaman di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.