Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Agama MIS Sri Aman, SMK Sri Aman juara keseluruhan Mahrajan al-Quran Bahagian Sri Aman 
  • Selatan
  • WILAYAH

SK Agama MIS Sri Aman, SMK Sri Aman juara keseluruhan Mahrajan al-Quran Bahagian Sri Aman 

Utusan Sarawak 4 hours ago
SK Agama MIS Sri Aman dan SMK Sri Aman masing-masingnya dinobat juara keseluruhan Mahrajan al-Quran Bahagian Sri Aman di SK Engkilili No.2 kelmarin. Foto PPD Sri Aman

ENGKILILI: Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Sri Aman dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman masing-masing muncul juara keseluruhan bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Mahrajan al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bahagian Sri Aman 2026.

Program berprestij yang berlangsung pada kelmarin itu telah diadakan di SK Engkilili No.2 dengan menghimpunkan penyertaan murid sekolah rendah dan menengah dari seluruh Bahagian Sri Aman dalam pelbagai acara seperti tilawah al-Quran, hafazan, nasyid dan seni khat.

Majlis Perasmian Penangguhan program telah disempurnakan oleh Pegawai Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman, Ustaz Syaifullah Ismail.

Beliau dalam ucapannya menegaskan bahawa penganjuran mahrajan tersebut bukan sekadar medan pertandingan, malah platform penting dalam membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri murid melalui penghayatan al-Quran serta kesenian Islam.

Menurut Syaifullah, program seumpama itu mampu melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi akademik, rohani dan sahsiah selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk jawatankuasa penganjur, guru, ibu bapa serta peserta yang telah bertungkus-lumus menjayakan program tersebut sehingga berlangsung dengan lancar dan penuh semangat ukhuwah.

“Mahrajan kali ini dilihat memberi impak besar dalam usaha mencungkil bakat serta potensi murid dalam bidang tilawah, nasyid dan seni khat selain meningkatkan keyakinan diri mereka untuk tampil di khalayak ramai.

“Penganjuran program itu juga berjaya memperkukuhkan hubungan kerjasama antara sekolah melalui persaingan sihat yang diterapkan sepanjang pertandingan berlangsung.

“Selain menjadi medan mengetengahkan bakat, pengisian program turut membantu membudayakan penghayatan al-Quran dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian murid,” katanya.

Program berkenaan dianjurkan oleh PPD Lubok Antu dengan kerjasama PPD Sri Aman.

Dalam pada itu, semua peserta yang terpilih mewakili Bahagian Sri Aman ke peringkat negeri di Sibu nanti diharap mampu mengharumkan nama daerah serta mengekalkan sahsiah dan akhlak yang cemerlang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Latihan keselamatan kebakaran tingkat kesiapsiagaan penduduk
Next: Kaunter Perkhidmatan MBM mudahkan urusan rakyat sempena Miri MayFest 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.