Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Gigih cari rezeki, Suriani jual rempeyek tampung kehidupan keluarga
  • INSPIRASI

Gigih cari rezeki, Suriani jual rempeyek tampung kehidupan keluarga

Utusan Sarawak 5 hours ago
SURIANI membancuh adunan rempeyek.

KUCHING: Demi meneruskan kelangsungan hidup, seorang ibu tunggal, Suriani Berjaya, gigih menghasilkan rempeyek bagi menyara empat orang anaknya walaupun berdepan pelbagai kesulitan, termasuk ketika terpaksa berhadapan situasi kekurangan modal untuk meneruskan jualan.

Suriani yang menyewa di Taman Sri Sarawak di sini berkata, beliau memulakan usaha kecil-kecilan itu dari rumah sebagai sumber pendapatan selepas kehilangan tempat bergantung.

ADUNAN REMPEYEK…Gambar kiri bahan tepung dan telur, manakala gambar kanan menunjukkan adunan dicampur dengan jintan manis.

Menurutnya, kehidupan sebagai ibu tunggal bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dengan tanggungjawab membesarkan anak-anak yang masih bersekolah.

“Saya baharu sahaja memulakan jualan rempeyek, jadi pendapatannya tidak seberapa, namun sedikit sebanyak membantu menampung keperluan harian kami,” katanya ketika ditemui.

PROSES menggoreng dilakukan dengan memasukkan satu senduk adunan ke dalam acuan rempeyek sebelum digoreng.

Walaupun berdepan kekangan kewangan, Suriani tetap berusaha memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Beliau berharap usaha tersebut dapat dikembangkan pada masa hadapan agar mampu meningkatkan taraf kehidupan keluarganya.

Orang ramai yang ingin membantu atau mendapatkan produk rempeyek yang dihasilkannya boleh menghubungi Suriani bagi memberikan sokongan.

Cabaran sebagai ibu tunggal

ACUAN yang berisi adunan rempeyek dimasukkan ke dalam kuali untuk digoreng.

Menurut Suriani, cabaran paling besar sebagai ibu tunggal yang turut berniaga ialah membahagikan tenaga dan emosi antara mencari rezeki serta membesarkan anak-anak. Ada masa beliau berasa penat, namun anak-anak menjadi sumber kekuatan untuk terus berusaha.

“Saya cuba mengurus masa dengan membuat jadual harian supaya urusan perniagaan dan keperluan anak-anak dapat diseimbangkan. Walaupun sibuk, saya tetap pastikan ada masa berkualiti bersama mereka,” katanya.

REMPEYEK yang telah siap digoreng.

Beliau mengakui pernah melalui hari yang sangat sukar, terutama ketika kekurangan modal atau terlalu penat menguruskan segalanya seorang diri. Namun, beliau sentiasa berusaha untuk kekal kuat, berdoa dan percaya setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaian.

Selain itu, Suriani turut memaklumkan bahawa beliau mengalami masalah pada tulang punggung dan kini masih menjalani rawatan fisioterapi secara berkala bagi memulihkan keadaan kesihatannya.

Beliau menawarkan pada harga promosi bersempena sambutan Hari Gawai tahun ini dengan variasi pek dan balang bagi memenuhi permintaan pelanggan. Menurut Suriani, antara harga yang ditetapkan ialah RM25 bagi 30 keping, RM35 (40 keping) serta RM30 bagi satu balang yang mengandungi 35 keping, manakala RM95 ditawarkan bagi satu tin.

Untuk tempahan boleh menghubungi Suriani di talian 010-916 6895 dan whatsap 0162084610.

REMPEYEK yang telah siap digoreng dimasukkan ke dalam plastik untuk dijual.
Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: NM Aircond bina legasi perniagaan penyaman udara, sasar pengembangan francais

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.