Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek tandas baharu bakal tingkat keselesaan jemaah Masjid Al Muhajirin
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek tandas baharu bakal tingkat keselesaan jemaah Masjid Al Muhajirin

Utusan Sarawak 4 hours ago
WONG Soon Mee (tiga kanan) bergambar bersama yang lain di Masjid Al Muhajirin, Taman Bintang. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Lawatan pengesahan skop kerja projek tandas baharu dilakukan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan memenuhi keperluan jemaah di Masjid Al Muhajirin, Taman Bintang.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, penyediaan kemudahan yang lebih baik di rumah ibadat amat penting demi keselesaan masyarakat setempat.

“Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan kemudahan asas masyarakat termasuk rumah ibadat demi memastikan keselesaan penduduk setempat terus terpelihara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, lawatan tersebut telah diadakan pada semalam.

“Saya diwakili Wong Soon Mee dari Pusat Khidmat Parlimen Sarikei bersama pegawai Pejabat Pembangunan Negeri (SDO).

“Lawatan ini bertujuan meneliti skop kerja dan keperluan projek bagi memastikan pelaksanaannya dapat dijalankan secara tersusun dan memenuhi keperluan pengguna khususnya jemaah masjid,” katanya.

Tambahnya, penyediaan kemudahan yang lebih selesa dan sempurna di rumah ibadat penting dalam menyokong pelaksanaan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

“Saya berharap projek tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada masyarakat Islam di kawasan ini.

“Pelaksanaan projek pembangunan masyarakat akan terus dipantau bagi memastikan setiap kemudahan yang disediakan benar-benar memberi keselesaan dan manfaat kepada rakyat,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masjid Baru Maludam jadi sasaran vandalisme, ADUN Lingga mahu tindakan tegas
Next: Penjaja berperanan besar hidupkan ekonomi komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.