Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Zaki Yamani sedia pergi lebih jauh dalam lakonan
  • HIBURAN

Zaki Yamani sedia pergi lebih jauh dalam lakonan

Utusan Sarawak 5 hours ago
ZAKI Yamani buka langkah baharu, sedia beri komitmen lebih serius dalam dunia lakonan.

KUALA LUMPUR: Penyanyi muda Zaki Yamani menyatakan kesediaan untuk memberikan komitmen lebih serius pada bidang lakonan yang merupakan cabang seni diminatinya sejak kecil.

Katanya meskipun nyanyian masih menjadi keutamaan, beliau melihat dunia lakonan sebagai ruang untuk mencabar kemampuan dirinya selaku seorang penghibur.

“Menyanyi itu pilihan saya. Berlakon pula kerana saya memang minat dan nak berlakon. Ayah saya juga pernah berlakon. Tambahan pula, saya tengok ramai penyanyi yang berjaya dalam lakonan, jadi saya rasa apa salahnya kalau saya pun mencuba,” katanya kepada Bernama.

Anak kedua penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah itu membuat penampilan sulung menerusi filem Tiket Sehala yang dijangka ke pawagam terpilih pada Ogos depan.

Berkongsi lanjut,  Zaki, 19, mengakui sebagai pendatang baharu dalam cabang seni itu beliau perlu mempelajari banyak perkara, terutama dalam menghidupkan watak. 

Malah katanya, beliau berasa gementar untuk menerima tawaran berlakon dalam filem terbitan Key Billions Sdn Bhd itu disebabkan tidak ada pengalaman.

“Saya tanya kepada ibu saya dahulu, boleh ke saya nak berlakon filem sebab saya takut orang kecam (mutu lakonan). Saya masih mentah lagi dalam bidang lakonan…tapi ibu saya sentiasa beri sokongan dan doakan saya,” katanya.

Filem itu yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Korea Selatan mengisahkan sekumpulan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam sindiket pemerdagangan manusia di negara tersebut. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malam paling ‘Hal Hebat’ buat Kuching 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.