Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: AirBorneo sedia bantu operasi pengangkutan Sukan SEA 2027
  • TEMPATAN

DUN: AirBorneo sedia bantu operasi pengangkutan Sukan SEA 2027

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin pada sidang media selepas ucapan penggulungan kementeriannya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Petra Jaya hari ini.

PETRA JAYA: AirBorneo bersedia memainkan peranan sebagai antara syarikat penerbangan yang membantu operasi pengangkutan sempena Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027 di Sarawak.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, walaupun kapasiti pesawat AirBorneo ketika ini masih terhad, syarikat penerbangan milik Sarawak itu tetap bersedia membantu meningkatkan kekerapan penerbangan sepanjang temasya tersebut.

Menurut beliau, AirBorneo ketika ini merancang mengoperasikan tiga pesawat Boeing 737-800 bagi laluan utama termasuk Kuching-Kuala Lumpur dan Kuching-Singapura.

“Kita memang mahu membantu membawa lebih ramai orang datang ke Sarawak sempena Sukan SEA nanti.

“Bagi laluan yang kita kendalikan, sudah tentu AirBorneo akan turut menjadi antara syarikat penerbangan yang terlibat sempena Sukan SEA,” katanya pada sidang media selepas ucapan penggulungan kementeriannya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai potensi AirBorneo menjadi rakan penerbangan rasmi temasya Sukan SEA 2027.

Bagaimanapun katanya, operasi AirBorneo masih berada pada peringkat awal dan kapasiti pesawat sedia ada masih terhad.

“Ketika ini kita masih baharu dan sedang berkembang secara berperingkat.

“Kita tidak boleh lakukan semuanya dalam tempoh singkat, namun jika ada keperluan tambahan penerbangan nanti, kita akan cuba sesuaikan operasi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Lee berkata AirBorneo kini merancang menyewa tiga pesawat Boeing 737-800 bagi memperluas operasi penerbangan serantau.

Menurut beliau, pesawat tersebut akan digunakan untuk laluan Kuching-Kuala Lumpur, Kuching-Singapura, Kuching-Jakarta serta Kuching-Kota Kinabalu sebagai sebahagian perancangan pengembangan AirBorneo.

Katanya, pembukaan laluan baharu itu juga dijangka membantu meningkatkan kehadiran pelawat dan kontinjen luar sempena penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak selain memperkukuh peranan AirBorneo sebagai syarikat penerbangan milik negeri.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: DUN: 139 maut dalam kemalangan jalan raya, Sarawak giat naik taraf lampu isyarat pintar
Next: DUN: 77 peratus kes selesai, Sarawak perkukuh Mahkamah Anak Negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.