Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • DUN: Prasarana pendidikan Sarawak diperkukuh melalui 81 projek siap
  • PENDIDIKAN

DUN: Prasarana pendidikan Sarawak diperkukuh melalui 81 projek siap

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Roland Sagah Wee Inn ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Usaha memperkukuh prasarana pendidikan di Sarawak terus menunjukkan perkembangan positif apabila 81 projek naik taraf sekolah daif di seluruh negeri telah berjaya disiapkan setakat ini, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1 bilion.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menegaskan, kerajaan Sarawak sentiasa memberi keutamaan terhadap agenda meningkatkan kualiti kemudahan pendidikan demi memastikan murid di Sarawak belajar dalam suasana yang lebih selamat dan selesa.

Beliau menjelaskan, pelaksanaan projek berkenaan merangkumi kerja-kerja baik pulih serta naik taraf struktur bangunan sekolah yang dikenal pasti uzur, dengan tumpuan khusus kepada aspek keselamatan dan keselesaan warga sekolah.

“Projek-projek tersebut melibatkan kerja menaik taraf dan membaik pulih bangunan sekolah bagi meningkatkan aspek keselamatan serta keadaan pembelajaran,” katanya

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Tambahnya, meskipun bidang pendidikan berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak tetap konsisten memainkan peranan aktif dalam memastikan isu sekolah daif ditangani secara berperingkat dan berterusan, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: DUN: Sains Komputer, Rekabentuk diajar dalam bahasa Inggeris mulai 2029
Next: Sekolah baharu SMK Bukit Goram simbol komitmen perkasa pendidikan pedalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.