Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • DUN: Sains Komputer, Rekabentuk diajar dalam bahasa Inggeris mulai 2029
  • PENDIDIKAN

DUN: Sains Komputer, Rekabentuk diajar dalam bahasa Inggeris mulai 2029

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Sri Roland Sagah Wee Inn menyampaikan ucapan penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda pendidikan digital apabila subjek Sains Komputer dan Rekabentuk akan mula diajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris bagi pelajar Program Dwibahasa Sarawak (DLP Sarawak) bermula 2029.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, pelaksanaan itu dicapai hasil rundingan berterusan antara kerajaan Sarawak dan Kementerian Pendidikan di bawah semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut beliau, persetujuan tersebut merupakan satu pencapaian penting yang bukan sahaja memperkukuh kesinambungan Program Dwibahasa Sarawak (DLP Sarawak), malah mengukuhkan lagi penguasaan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Persetujuan ini bukan sekadar perubahan dasar, sebaliknya merupakan langkah strategik yang memperkukuh kesinambungan Program DLP Sarawak serta memperkasa penguasaan STEM dalam kalangan pelajar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Pada masa yang sama, kementerian beliau kini sedang memperincikan persiapan pelaksanaan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Kementerian Pendidikan, termasuk aspek latihan guru serta sokongan pelaksanaan di sekolah-sekolah terlibat.

Langkah ini dilihat sebagai antara usaha strategik Sarawak dalam memperkasa pendidikan berteraskan teknologi dan inovasi, selaras dengan keperluan masa depan yang semakin kompetitif di peringkat global.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: ‘Tuhan tidak pernah membebankan kita’ — kata-kata guru paling diingati Abdullah Saidol
Next: DUN: Prasarana pendidikan Sarawak diperkukuh melalui 81 projek siap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.