Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Murid SK Lutong didedah keselamatan kebakaran
  • Utara
  • WILAYAH

Murid SK Lutong didedah keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 8 hours ago
HADIR…Sebahagian pelajar yang menyertai program pematuhan keselamatan kebakaran anjuran Balai Bomba Dan Penyelamat Lutong. Foto BBP Lutong.

MIRI: Seramai 714 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Lutong menyertai program pematuhan keselamatan kebakaran melibatkan pengungsian bangunan, demonstrasi memadam kebakaran serta pameran jentera oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, baru-baru ini.

Program yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi di padang sekolah itu melibatkan 594 murid serta 120 kakitangan sekolah termasuk guru, staf sokongan, pekerja kantin, petugas pergigian dan tukang kebun.

Ketua BBP Lutong, Henry Jugah berkata, program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran serta kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan khususnya kebakaran.

BEGINI CARA…Peserta diberi peluang mencuba teknik memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api ketika program pematuhan keselamatan kebakaran anjuran BBP Lutong di SK Lutong, Miri. Foto BBP Lutong.

“Pendedahan awal seperti latihan pengungsian bangunan dan penggunaan alat pemadam api amat penting bagi memastikan murid serta warga sekolah memahami tindakan pantas yang perlu diambil ketika berdepan insiden kecemasan.

“Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada murid mengenali fungsi pasukan bomba serta peralatan yang digunakan dalam operasi menyelamat,” katanya kepada Utusan Sarawak.

Menurutnya, aktiviti seumpama itu merupakan sebahagian usaha berterusan BBP Lutong dalam memperkukuh budaya keselamatan kebakaran di institusi pendidikan sekitar Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Generasi muda digalak kuasai lebih daripada satu bahasa
Next: 1,200 warga SMK Kai Chung sertai program keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.