Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Generasi muda digalak kuasai lebih daripada satu bahasa
  • Tengah
  • WILAYAH

Generasi muda digalak kuasai lebih daripada satu bahasa

Utusan Sarawak 9 hours ago
 AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien bergambar bersama warga SJKC Su Dok. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

JULAU: Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien menggalakkan generasi muda menguasai lebih daripada satu bahasa bagi meningkatkan peluang masa depan.

Katanya, penguasaan pelbagai bahasa terutama Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina kini menjadi antara aset penting dalam memperkukuh daya saing masyarakat dalam dunia global yang semakin berkembang pesat.

“Dalam dunia global hari ini, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina merupakan bahasa yang paling banyak digunakan terutama dalam bidang perdagangan dan ekonomi antarabangsa.

“Penguasaan bahasa tambahan memberi kelebihan besar kepada individu dalam pelbagai aspek kehidupan,” katanya ketika berucap di majlis sambutan Hari Guru dan Pra-Gawai di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Dok, baru-baru ini.

Katanya, majikan pada masa kini amat menghargai individu yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa kerana ia memudahkan urusan dengan pelanggan, rakan niaga dan masyarakat antarabangsa.

“Kemahiran bahasa juga membuka peluang kerjaya lebih luas terutama dalam bidang pelancongan, pendidikan, diplomasi, media dan perniagaan yang semakin memerlukan kebolehan komunikasi rentas budaya.

“Bahasa bukan sekadar alat komunikasi, tetapi turut membawa nilai, adat resam dan identiti sesuatu bangsa.

“Apabila kita mempelajari bahasa lain, kita juga dapat memahami budaya mereka dengan lebih dekat dan mengelakkan salah faham budaya,” katanya.

Larry turut menjelaskan bahawa kajian menunjukkan individu yang menguasai lebih daripada satu bahasa lazimnya lebih kreatif, cekap menyelesaikan masalah dan memiliki daya ingatan yang lebih baik.

“Banyak buku, jurnal dan sumber ilmu di dunia diterbitkan dalam pelbagai bahasa.

“Dengan menguasai lebih banyak bahasa, seseorang dapat mengakses maklumat secara terus daripada sumber asal tanpa terlalu bergantung kepada terjemahan,” katanya lagi.

Beliau turut berharap ibu bapa dan pihak sekolah terus memainkan peranan dalam menggalakkan generasi muda mempelajari pelbagai bahasa demi masa depan yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor jalankan pemeriksaan cegah bahaya kebakaran di enam premis
Next: Murid SK Lutong didedah keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.