Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Aqasha, Aisha Retno, Mila Mohsin barisan utama Puteri Gunung Ledang The Musical
  • HIBURAN

Aqasha, Aisha Retno, Mila Mohsin barisan utama Puteri Gunung Ledang The Musical

Utusan Sarawak 17 hours ago
AQASHA, Aisha Retno, Mila Mohsin barisan utama Puteri Gunung Ledang The Musical

KUALA LUMPUR: Barisan pelakon utama Puteri Gunung Ledang The Musical akhirnya lengkap apabila aktor dan penyanyi popular Aqasha diumumkan menggalas watak Hang Tuah dalam pementasan semula teater muzikal legenda tersebut.

Pengumuman itu menyempurnakan senarai pelakon utama yang sebelum ini memperkenalkan Aisha Retno dan Mila Mohsin sebagai Puteri Gunung Ledang, Mimi Fly dan Nadiah Aqilah sebagai Bayan, Luqman Hafidz sebagai Sultan Melaka dan Yusuf Hashim sebagai Gusti Adipati.

Menerusi hantaran di Instagram @pglthemusical, produksi memaklumkan perjalanan Aqasha bersama dunia Puteri Gunung Ledang sebenarnya telah bermula sejak 20 tahun lepas apabila beliau pernah membawa watak Bendahara Melaka dan pelakon pengganti bagi karakter Hang Tuah.

“Hari ini, beliau kembali menghidupkan antara figura paling ikonik dan disayangi dalam legenda Melayu, seorang pahlawan yang menjunjung daulat, kesetiaan dan pengorbanan, namun tetap memiliki sisi kemanusiaan di sebalik beratnya tanggungjawab.

“Untuk generasi baharu Puteri Gunung Ledang ini, kami mencari seorang artis yang bukan sahaja mampu membawa kekuatan dan wibawa kepada watak Hang Tuah tetapi juga jiwa, kematangan dan penghayatan emosi yang tulus,” menurut hantaran itu hari ini. 

Pementasan kali ini turut mencipta kelainan tersendiri apabila buat pertama kali menampilkan dua pelakon bagi watak Puteri Gunung Ledang dan Bayan.

Menurut produksi, keputusan itu dibuat dengan penuh teliti dan kasih sayang demi memastikan legasi karakter ikonik Puteri Gunung Ledang terus hidup untuk generasi akan datang.

Bagi watak Puteri Gunung Ledang, Aisha Retno dipilih kerana memiliki suara penuh rasa selain aura lembut namun menyimpan kekuatan, manakala Mila Mohsin pula disifatkan sebagai figura yang membesar bersama dunia Puteri Gunung Ledang sejak kecil, sekali gus membawa elemen legasi dan kesinambungan karya itu sendiri.

Pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical yang diterajui oleh Tiara Jacquelina itu dijadualkan berlangsung pada Oktober.

Sementara itu, peminat di media sosial rata-rata tidak sabar menantikan teater muzikal berkenaan selain meluahkan keterujaan terhadap barisan pelakon baharu yang bakal menghidupkan watak-watak ikonik tersebut. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Festival Muzik Kuching gegar malam pertama, ribuan banjiri tapak acara
Next: Malam paling ‘Hal Hebat’ buat Kuching 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.