Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Alonso sah jadi pengurus Chelsea
  • SUKAN

Alonso sah jadi pengurus Chelsea

Utusan Sarawak 12 hours ago
XABI Alonso dilantik sebagai pengurus baharu Chelsea FC menerusi kontrak empat tahun bermula Julai 2026. Foto AFP

LONDON: Xabi Alonso dilantik sebagai pengurus baharu Chelsea FC menerusi kontrak selama empat tahun, umum kelab itu pada Ahad.

Chelsea membuat keputusan itu selepas tewas 0-1 kepada Manchester City dalam aksi final Piala FA pada Sabtu, selain kini berada di tangga kesembilan Liga Perdana dengan dua perlawanan berbaki musim ini.

Alonso mencipta nama sebagai antara jurulatih muda terbaik Eropah apabila membimbing Bayer 04 Leverkusen meraih kejuaraan berganda liga dan piala Jerman tanpa kalah pada musim 2023/24.

Namun, bekas pemain tengah Sepanyol itu hanya bertahan tujuh bulan bersama Real Madrid CF selepas dilantik tahun lalu sebelum meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu pada Januari.

“Chelsea Football Club dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Xabi Alonso sebagai pengurus pasukan lelaki.

“Jurulatih dari Sepanyol itu akan memulakan tugas pada 1 Julai 2026 selepas bersetuju dengan kontrak empat tahun di Stamford Bridge,” menurut kenyataan kelab.

Alonso kini berdepan tugas besar untuk mengembalikan Chelsea sebagai pencabar utama kejuaraan.

Walaupun Chelsea memenangi Piala Kelab Dunia dan UEFA Conference League tahun lalu, kelab London itu masih gagal memenuhi harapan meskipun sudah membelanjakan lebih £1 bilion sejak konsortium Amerika Syarikat, BlueCo, mengambil alih kelab pada 2022 selepas era kejayaan Roman Abramovich.

Kekalahan di Wembley pada Sabtu turut menyaksikan Chelsea kini lapan musim tanpa sebarang trofi domestik.

Penyokong kelab itu juga terus mengadakan bantahan terhadap BlueCo susulan dasar agresif mendapatkan pemain muda dari seluruh dunia.

Antara kejayaan dasar itu ialah kemunculan pemain antarabangsa England, Cole Palmer, namun kekurangan pengalaman dalam skuad dan barisan kejurulatihan sering dipersalahkan atas prestasi tidak konsisten pasukan.

Alonso menjadi pengurus tetap keenam Chelsea dalam tempoh empat tahun selepas Thomas Tuchel, Graham Potter, Mauricio Pochettino, Enzo Maresca dan Liam Rosenior.

Jurulatih berusia 44 tahun itu juga mahu menebus semula reputasinya selepas tempoh singkat yang bergelora di Madrid.

Pelantikan Alonso dianggap satu kejayaan besar buat pemilik Chelsea yang sering menerima kritikan, dengan ramai penyokong Liverpool FC sebelum ini berharap beliau kembali ke Anfield untuk menggantikan Arne Slot. – AFP

Continue Reading

Previous: McGregor kembali ke UFC menerusi aksi ulangan menentang Holloway
Next: Fernandes samai rekod bantuan gol EPL, United tewaskan Forest dalam aksi mendebarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.