Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir hampir seluruh negara hingga 7.00 malam
  • SEMASA

Amaran ribut petir hampir seluruh negara hingga 7.00 malam

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda hampir seluruh negara hingga 7.00 malam ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan pada 4.10 petang ini, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk tersebut diramal berlaku di seluruh Perlis dan Melaka.

Di Kedah kawasan yang terlibat merangkumi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap, manakala di Perak melibatkan daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Bagi Pahang pula amaran dikeluarkan membabitkan kawasan Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Selangor kawasan yang terjejas ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, kawasan terlibat adalah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, manakala di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kulai.

Bagi Sarawak, cuaca buruk diramal melanda Kuching, Serian, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang.

Di Sabah pula, amaran yang sama dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) serta Kudat (Kota Marudu dan Kudat). – Bernama

Continue Reading

Previous: TH sedia perkhidmatan berkualiti, keselesaan optimum di Masyair musim ini
Next: Rafizi, Nik Nazmi umum keluar PKR, kosongkan kerusi Parlimen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.