Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan tarik tali Parlimen Julau berlangsung 23 Mei ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Pertandingan tarik tali Parlimen Julau berlangsung 23 Mei ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng menghadiri mesyuarat bersama pihak penganjur di IPD Julau, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

JULAU: Pertandingan Tarik Tali Peringkat Parlimen Julau akan berlangsung pada 23 Mei ini di padang Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) bermula seawal 7.00 pagi.

Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien berkata, pertandingan yang sebelum ini dijadual berlangsung pada semalam ditunda ke tarikh baharu selepas mendapat persetujuan bersama jawatankuasa penganjur dalam satu perjumpaan yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau.

“Pertandingan tersebut akan berlangsung di padang MDMJ bermula seawal 7.00 pagi dan para peserta digalakkan hadir lebih awal bagi urusan pendaftaran serta persiapan pertandingan.

“Jawatankuasa penganjur turut memperkenalkan kategori baharu khas untuk penyertaan kakitangan kerajaan di kawasan Julau bagi memeriahkan lagi acara tersebut,” katanya kepada media selepas mesyuarat berkenaan penangguhan pertandingan tersebut, baru-baru ini.

JANAAN AI semata-mata.

Katanya, hadiah pertandingan kekal seperti yang diumumkan sebelum ini tanpa sebarang perubahan.

Berkenaan program Jom Fit Jom Sihat, beliau memaklumkan program tersebut diteruskan seperti tahun lalu dengan melibatkan dua lokasi iaitu Julau dan Pakan.

“Program ini bukan sahaja menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sihat dan riadah, malah mampu meningkatkan kecergasan fizikal serta kesihatan mental dalam kalangan peserta,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Ngajat tradisional terus mendapat tempat dalam kalangan generasi muda
Next: IPD Lubok Antu santuni pesara polis lumpuh, serah sumbangan kerusi roda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.